suria

Aidilfitri makin dekat, Anna Jobling kirim kad raya kepada 1,000 peminat bertuah

Anna bakal menghantar 1,000 kad raya kepada peminat.

MENJELANG Aidilfitri yang bakal tiba, pelakon Anna Jobling sekali lagi meneruskan inisiatif istimewa apabila melaksanakan Projek Kad Raya 2026 sebagai tanda penghargaan kepada peminat.

Usaha peribadi itu dilakukan bagi mengekalkan tradisi kad raya yang semakin jarang diamalkan, selain menjadi cara Anna berhubung secara lebih dekat dengan mereka yang sentiasa menyokong perjalanan kerjayanya.

Berbeza dengan ucapan digital yang hanya bersifat sementara, Anna memilih untuk menghantar kad raya bercetak yang direka khas dengan sentuhan peribadi.

Rekaan kad raya Anna edisi 2026. 

Kad tersebut akan diedarkan kepada peminat di Malaysia, Indonesia dan Singapura sebagai tanda terima kasih atas sokongan berterusan yang diterima sepanjang berada dalam industri hiburan.

Menurut Anna, projek itu memberi makna tersendiri kerana setiap kad yang dihantar membawa nilai kenangan yang boleh disimpan oleh peminat.

“Bagi Anna, kad raya bukan sekadar ucapan. Ia satu kenangan yang boleh disimpan. Setiap kali baca maklum balas peminat yang teruja menerima kad ini, Anna rasa usaha kecil ini sangat berbaloi,” ujar Anna.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak pernah kenal penat, Anna Jobling sanggup tangguh cuti panjang

ARTIKEL BERKAITAN: Indonesia bagai rumah kedua, Anna Jobling tangguh jadual ke sana.... Doa keadaan segera sembuh

Untuk tahun ini, sebanyak 1,000 keping kad raya telah disediakan dan proses penghantaran dijangka bermula dalam masa terdekat.

Anna berharap usaha tersebut dapat menjadi simbol penghargaan yang mampu mengeratkan lagi hubungan antara dirinya dan peminat, khususnya dalam meraikan kemeriahan Aidilfitri bersama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain