suria

Noraniza Idris dikecam hanya kerana sokong lagu Shiha Zikir… “Dia tak komen kasar atau libatkan sesiapa” 

Shiha sedih dengan situasi Noraniza Idris yang dikecam hebat.

PENYANYI Shiha Zikir meluahkan rasa sedih terhadap Ratu Pop Tradisional, Noraniza Idris selepas menerima kecaman hebat daripada segelintir netizen di aplikasi Threads. 

Menurut Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 39, dia terkejut melihat komen-komen negatif yang dilemparkan terhadap Noraniza atau lebih dikenali Kak Ani hanya kerana penyanyi itu menyukai lagu nyanyiannya berjudul Minta Ampun.

“Saya sedih apabila Noraniza Idris terima kecaman seperti itu. Pada saya, macam ini ke jadi peminat? Kenapa sanggup komen seperti itu?

Shiha maklumkan perkara itu ketika ditemui media. 

“Saya sangat neutral. Saya rasa dia tidak buat salah. Dia tidak komen terlalu kasar yang ditujukan atau libatkan orang lain,” katanya kepada mStar. 

Shiha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu Aidilfitri bertajuk Memori Raya pada Khamis. 

Jelas Shiha, dia tidak menyangka terdapat segelintir peminat yang terlalu obses sehingga menghina penyanyi lain. 

“Bagi saya, dia (Noraniza) adalah seorang legenda. Jujur saya sangat sedih dan bergenang air mata saya. Terkejut dengan segelintir peminat macam itu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah jadi mangsa ‘mulut busuk’ artis lelaki, Shiha Zikir hati-hati pilih kawan… “Ada yang suruh cermin diri dan tak mahu duduk semeja”

ARTIKEL BERKAITAN: Berpuluh lagu ditapis, Shiha Zikir akhirnya temui ‘Jalan Cinta’ buat Raes Arifin

“Saya faham ada penyokong yang obses, tapi kena ada batasnya. Sebelum buat apa-apa, kena fikir dahulu,” ujarnya. 

Jelas Shiha, sebagai seorang penyanyi dia sentiasa menasihati peminatnya untuk sentiasa berhati-hati dalam melontarkan kata-kata di media sosial. 

“Saya memang selalu pesan dekat peminat untuk tidak komen toksik kepada penyanyi lain. 

“Memang saya akan beritahu mereka. Itu tidak baik,” ujarnya.

Shiha baru sahaja melancarkan lagu rayanya bertajuk Memori Raya.

Dalam perkembangan lain, Shiha meluahkan rasa teruja apabila lagu Aidilfitri dapat dilaksanakan walaupun dilancarkan pada saat akhir. 

“Sebenarnya saya baru rakam video ini pada Jumaat minggu lepas dan berjaya disiapkan pada Ahad. 

“Awalnya memang tak jangka, tapi bila tengok ramai yang keluarkan lagu, saya rasa kena keluarkan lagu raya ini,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain