suria

“Saya nak kahwin tapi biar masa yang menentukan” - Hun Haqeem

Hun berhasrat untuk mendirikan rumah tangga.

PELAKON Hun Haqeem mengakui menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga seperti orang lain, namun menganggap soal jodoh adalah sesuatu yang sukar untuk diramal.

Menurut Hun, 27, dia sering menerima pertanyaan mengenai perkahwinan termasuk daripada keluarga terdekat, namun perkara itu dilihat sebagai tanda keprihatinan terhadap dirinya.

“Saya pun tertanya-tanya juga (jodoh) tapi ia satu perkara yang sukar untuk diberitahu. Terutama soal jodoh, siapa yang tak nak kahwin.

Hun serahkan segala ketentuan kepada Allah.

“Saya adalah salah seorang itu (berkahwin). Tidak dinafikan saya ada juga terima soalan bila nak kahwin,” katanya kepada mStar.

Tambah Hun, ahli keluarganya tidak pernah memberi tekanan soal perkahwinan, sebaliknya mereka akan sentiasa memastikan dia berada dalam keadaan baik dan membuat keputusan tepat.

“Keluarga saya sangat penyayang. Jujurnya mereka ada bertanya (perancangan untuk berkahwin) tapi saya faham mereka bukan nak sibuk, tapi nak tahu sama ada saya sudah bersedia atau tidak. Selain itu, adakah saya buat keputusan yang betul selain bagaimana dengan urusan kerja selepas itu. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hun Haqeem tak malu buat ujian kesuburan, seru lelaki buang stereotaip hanya wanita ada masalah mandul

ARTIKEL BERKAITAN: Hun Haqeem dulu pekerja kedai kopi, bersemangat cerita mengenai filem

“Selain itu, mereka juga ada bertanya mengenai kesihatan mental saya.  Saya tiada masalah untuk nak kahwin. Doa yang baik-baik, saya pun tak mencari tapi biar masa yang menentukan," katanya. 

Dalam perkembangan lain, Hun bakal memulakan penggambaran Viu Original berjudul Cela pada Jun depan. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain