suria

Pegang, tunjuk kemaluan dalam pasar raya... Pakcik umur 55 tahun ditahan polis

Tangkap layar video yang tular di media sosial.

POLIS menahan seorang lelaki berusia 55 tahun yang disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang pekerja pasar raya di Gerik, Perak.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad Othman berkata kejadian itu berlaku di hadapan seorang pekerja wanita berusia 25 tahun di pasar raya berkenaan, petang Khamis.

Menurutnya, mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.55 petang hari yang sama.

"Mangsa yang bekerja di pasar raya itu mulanya terdengar bunyi seperti zip dibuka, membuatkan pengadu (mangsa) pergi melihat sebelum mendapati suspek sedang membuat gangguan seksual itu.

"Suspek ketika itu sedang memegang kemaluan dan beronani sambil memandang ke arah pengadu.

"Pengadu bertindak merakam perbuatan suspek menggunakan telefon bimbit serta memarahi supek yang membuatkan suspek beredar dari pasar raya itu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Terdahulu, tular video memaparkan seorang wanita dipercayai pekerja pasar raya sedang memarahi seorang lelaki yang kelihatan beronani di dalam premis berkenaan.

Artikel Lain