SEORANG wanita meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir penghuni flat di Pandamaran, Klang di Selangor yang membuang sampah dari tingkat atas.Menurutnya, perbuatan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan kawasan bawah kediamannya menjadi kotor selain mengundang bau busuk yang teruk. "Tak 'flat' la kalau tak buat hal buang sampah macam ni kan?"Kadang tu lampin bayi yang ada najis pun campak dari atas," kongsinya di Threads.Berdasarkan video yang dikongsi [Tonton Video], pelbagai sampah termasuk besen, sisa makanan dan plastik dibuang terus ke bawah.Pelaku dipercayai berani berbuat demikian kerana sampah terbabit jatuh terus ke bahagian bumbung bawah paling bawah.Tambahnya, kejadian tersebut bukan berlaku sekali, sebaliknya hampir setiap hari sehingga ada kenderaan yang diletakkan di kawasan berkenaan turut terkena sisa buangan."Sampah tu masih ada bau, busuk memang tak boleh nak cakap. Kesian rumah yang level sama bumbung tu kena hadap bau busuk," katanya.