SEORANG wanita dan lelaki didakwa di mahkamah selepas dipercayai menyerang serta merompak seorang individu yang sebelum ini dituduh melakukan serangan seksual.Menurut pihak pendakwaan pada Jumaat, wanita berusia 20-an dan lelaki berusia 30-an itu berdepan pertuduhan melakukan serangan bersenjata, paksaan serta rompakan terhadap individu tersebut. Siasatan mendapati kedua-dua suspek didakwa menceroboh kediaman mangsa pada 22 Mac lalu, sebelum menikam lelaki itu beberapa kali.Malah, mereka turut melarikan wang berjumlah 13 juta won (kira-kira RM41,000) daripada mangsa dalam kejadian tersebut.Difahamkan, tindakan itu dilakukan bagi memaksa mangsa membuat pengakuan palsu berhubung dakwaan serangan seksual, dengan rakaman pengakuan tersebut ditemui menerusi analisis forensik digital pada telefon milik suspek.Ia susulan hasil siasatan polis sebelum ini yang telah 'membersihkan' nama mangsa daripada tuduhan serangan seksual berkenaan.Lebih mengejutkan, kedua-dua suspek dilaporkan menggunakan khidmat agensi persendirian bagi mengesan lokasi kediaman mangsa sebelum melakukan serangan.Dalam perkembangan sama, pihak pendakwaan kini turut meneliti semula kes serangan seksual tersebut bagi menentukan sama ada suspek boleh didakwa kerana membuat tuduhan palsu atau sebaliknya. -Agensi