suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ajal di tangan isteri... Warga emas 82 tahun ditendang, ditumbuk di muka sampai mati

Warga emas ditahan bagi membantu siasatan kes kematian suaminya. -Gambar hiasan AI

BERANG diejek, seorang wanita warga emas menyerang suaminya dengan menumbuk muka dan menendang sehingga mangsa tidak sedarkan diri.

Tindakannya itu mengakibatkan mangsa yang berusia 82 tahun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah pangsapuri di Minami Ward, Nagoya, Jepun.

Susulan daripada itu, wanita berusia 83 tahun terbabit ditahan polis bagi membantu siasatan.

Berdasarkan laporan, suspek dikenali sebagai Noriko Akaike dipercayai menyerang suaminya, Shinichi, 82, dengan menumbuk muka dan menendang mangsa pada petang Selasa.

Difahamkan, sekitar pukul 9 malam, wanita itu menghubungi talian kecemasan dan memaklumkan suaminya tidak sedarkan diri.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital dalam keadaan serangan jantung sebelum disahkan meninggal dunia.

Pihak hospital yang mengesan kesan lebam pada seluruh badan mangsa kemudiannya memaklumkan kepada polis supaya siasatan lanjut dijalankan.

Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku melakukan perbuatan tersebut dengan alasan berang kerana suaminya didakwa mengejeknya. -Agensi

Artikel Lain