suria

Minta siasatan kes dihentikan, lelaki ditahan lepas disyaki rasuah polis

Lelaki ditahan selepas disyaki memberi rasuah untuk menutup kes berkaitan isterinya.

SEORANG lelaki ditahan pada Rabu selepas disyaki cuba mempengaruhi siasatan kes penipuan melibatkan isterinya yang juga seorang pempengaruh terkenal.

Kejadian dilaporkan berlakuk di Korea Selatan.

Menurut komuniti perundangan, Mahkamah Daerah Seoul Selatan mengeluarkan waran tangkap terhadap suspek selepas sesi soal siasat dijalankan.

Menurut Hakim Kanan, Hwang Joong-yeon, keputusan itu dibuat selepas tertuduh didakwa memberi rasuah dan melanggar Akta Pasaran Modal.

"Terdapat risiko memusnahkan bukti," jelasnya semasa prosiding berlangsung.

Bagaimanapun, permohonan waran tangkap yang dikenakan terhadap seorang pegawai polis yang dikenali sebagai Inspektor Song berhubung dakwaan menerima rasuah dan membocorkan rahsia rasmi, ditolak mahkamah. 

Jelas Joong-Yeon, penolakan disebabkan terdapat pertikaian sama ada 'pemberian' itu adalah rasuah atau sebaliknya.

"Terdapat pertikaian sama ada hiburan atau wang adalah rasuah, jadi adalah perlu untuk menjamin hak untuk mempertahankan diri," jelasnya.

Berdasarkan laporan, tertuduh didakwa terlibat dalam kes rasuah serta melanggar Akta Pasaran Modal, selain dipercayai meminta kes penipuan yang sedang disiasat, dihentikan.

Sebelum ini, isteri tertuduh yang juga model bagi sebuah akademi francais Pilates pernah disaman oleh pemegang francais pada Julai 2024 atas dakwaan penipuan dan pelanggaran undang-undang perniagaan.

Namun, kes berkenaan digugurkan pada Disember tahun sama selepas pihak berkuasa mendapati tiada unsur kesalahan.

Siasatan lanjut mendapati tertuduh dipercayai menggunakan hubungan rapat dengan seorang anggota polis lain untuk mendekati Inspektor Song, sebelum memberikan wang dan barangan berharga sebagai imbuhan.

Sebagai balasan, pegawai berkenaan disyaki membocorkan maklumat siasatan yang dikendalikan oleh pasukan lain berkaitan kes isterinya. -Agensi

Artikel Lain