SEORANG wanita hamil lima bulan, maut di kediamannya selepas dipercayai dipukul oleh suaminya sendiri.Kejadian dipercayai berlaku di Chiang Mai, Thailand. Berdasarkan laporan, mangsa berusia 33 tahun ditemui tidak bernyawa dengan beberapa kesan lebam pada badan.Suaminya, lelaki berusia 35 tahun pada awalnya mendakwa mangsa tergelincir di dalam rumah sebelum meninggal dunia akibat kecederaan dialami.Bagaimanapun, selepas disoal siasat lanjut, suspek akhirnya mengaku membunuh mangsa.Menurut pengakuan, pasangan itu telah menjalin hubungan selama kira-kira lapan bulan dan sering bertengkar akibat cemburu.Suspek mendakwa mangsa pernah mengatakan bayi dalam kandungan bukan anaknya, sekali gus mencetuskan pertengkaran berulang.Pada hari kejadian, mereka sekali lagi bertengkar sebelum suspek bertindak memukul dan menolak mangsa dengan kuat ke dinding sehingga menyebabkan kematian.Suspek bagaimanapun sempat memohon maaf kepada isterinya sambil menangis dan menyatakan masih menyayanginya.Dalam pada itu, seorang jiran memaklumkan suspek sebelum ini pernah menunjukkan sikap agresif, malah anaknya terdengar pasangan itu bertengkar sekitar pukul 1 pagi sehingga mangsa menangis. -Agensi