suria

AS lanjut gencatan senjata dengan Iran, tiada tempoh tertentu ditetapkan

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

PRESIDEN Donald Trump mengumumkan lanjutan tempoh gencatan senjata antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran bagi memberi lebih masa kepada Tehran mengemukakan cadangan untuk menamatkan konflik yang sedang berlangsung.

Langkah yang diumumkan pada Selasa itu dibuat atas permintaan pihak pengantara dari Pakistan, demikian menurut Trump. 

Sebelum ini, tempoh gencatan senjata dijadualkan tamat pada Rabu.

Dalam satu kenyataan di media sosial, Trump berkata beliau mengarahkan pihak tentera AS untuk meneruskan sekatan (blockade) sedia ada, namun kekal bersiap siaga bagi sebarang kemungkinan.

“Saya mengarahkan tentera untuk meneruskan sekatan dan kekal bersedia. Gencatan senjata ini akan dilanjutkan sehingga cadangan dikemukakan dan rundingan dimuktamadkan, dalam apa jua keadaan,” katanya.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menetapkan tarikh akhir tertentu, sekali gus memberi gambaran bahawa lanjutan gencatan senjata tersebut bersifat terbuka, sekurang-kurangnya di pihak AS.

Setakat ini, Iran belum memberikan maklum balas rasmi terhadap pengumuman berkenaan. Agensi berita separa rasmi, Tasnim, melaporkan bahawa pendirian Tehran akan diumumkan kemudian. -Agensi

Artikel Lain