SEORANG lelaki warga emas ditahan polis selepas disyaki membunuh isterinya dalam satu kejadian menyayat hati di Kawanishi City, Hyogo, Jepun.Suspek berusia 84 tahun itu, Shun Tada, mengaku menjerut isterinya yang juga berusia 84 tahun pada 12 April lalu. Berdasarkan laporan pada Jumaat, lelaki itu mendakwa dia bertindak demikian kerana tidak lagi mampu menjaga isterinya selain tidak mahu menjadi beban kepada orang lain."Saya sendiri sudah sakit dan tidak mampu menjaga isteri. Saya tidak mahu menyusahkan sesiapa, jadi saya fikir untuk membunuhnya sebelum membunuh diri," katanya kepada polis.Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, anak perempuan pasangan berkenaan yang datang melawat menemui kedua-duanya terbaring di lantai bilik air sebelum menghubungi talian kecemasan.Polis memaklumkan mangsa ditemui dengan lilitan tali kimono di leher, manakala suspek pula mengalami kecederaan selepas menikam dirinya sendiri di bahagian dada menggunakan pisau dapur.Kedua-duanya dikejarkan ke hospital, namun mangsa wanita disahkan meninggal dunia.Menurut polis, suspek akan ditahan selepas keadaannya stabil bagi membolehkan siasatan lanjut diteruskan. -Agensi