suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Doktor dedah makanan tinggi gula, bagaimana diabetes jadi kronik hingga akhirnya kaki dipotong

Pesakit kencing manis berisiko mengalami amputasi sekiranya tidak mengawal pengambilan gula. -Gambar hiasan AI

RAMAI tertanya-tanya punca utama kebanyakan penghidap kencing manis masa kini terpaksa dipotong kaki (amputasi).

Menyedari berlakunya peningkatan dan komplikasi serius itu, Dr Mahyuddin Mohamed tampil menjelaskan puncanya di laman Thread.

Tegas beliau, penyakit kronik itu bukanlah terjadi dalam tempoh singkat, sebaliknya disebabkan tabiat makanan seseorang secara berlebihan selama bertahun-tahun.

Ini enam perkara yang anda perlu tahu mengenai penyakit kencing manis.

• Minuman berkarbonat, minuman segera seperti 3-dalam-1 serta budaya minum kopi 'viral' setiap hari menjadi penyumbang kepada peningkatan paras gula dalam darah.

Mereka yang menghidap diabetes perlu membuat pemeriksaan gula secara berkala

Mereka yang menghidap diabetes perlu membuat pemeriksaan gula secara berkala.

• Apabila disahkan menghidap kencing manis, pesakit sukar sembuh dan perlu mengambil ubat secara berjadual.

Pada masa sama mereka perlu memantau paras gula dan bacaan HbA1C seperti yang ditetapkan pegawai kesihatan.

• Paras gula yang tinggi dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan kerosakan saraf dan salur darah serta menurunkan daya tahan badan seseorang.

• Keadaan ini meningkatkan risiko luka pada kaki yang sukar sembuh, jangkitan serius dan gangren.

• Dalam kebanyakan kes, kaki terpaksa dipotong bagi mengelakkan jangkitan merebak dan mengancam nyawa.

• Orang ramai diseru supaya mula mengurangkan pengambilan gula sebagai langkah pencegahan awal.

Artikel Lain