PEMINAT kumpulan K-pop Xikers terkejut apabila menerima mesej berbaur lucah daripada salah seorang anggota kumpulan itu menerusi platform komunikasi bersama peminat.Insiden tersebut berlaku ketika Hunter berinteraksi dengan peminat dan bertanyakan mengenai reaksi mereka sekiranya terserempak dengannya secara bersemuka. Bagaimanapun, mesej yang ditulis Hunter menggunakan perkataan tertentu dalam bahasa Korea diterjemahkan secara automatik oleh aplikasi Papago ke bahasa Inggeris sehingga membawa maksud yang merujuk kepada perbuatan masturbasi.Mesej yang dihantar Hunter kepada peminat.“Bagaimana reaksi kamu jika saya berkata, ‘saya akan masturbasi?’” tulisnya.Menyedari kekeliruan tersebut, Hunter kemudian menjelaskan kepada peminat bahawa mesej berkenaan berlaku akibat kesilapan terjemahan automatik aplikasi Papago.Malah, dia sendiri terkejut selepas dimaklumkan peminat mengenai maksud terjemahan tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Terkenal dengan gelaran Monster Rookies, Xikers bakal bertemu peminat di Malaysia 19 Januari iniARTIKEL BERKAITAN: Hidup Ji Soo berubah sejak pindah Filipina, mula berjimat mekap pun buat sendiri“Perkataan ‘Jamanchu’ diterjemahkan dengan pelik,” jelasnya.Kesilapan terjemahan itu kemudiannya menjadi bahan jenaka dalam kalangan peminat yang turut meminta pihak Papago memperbaiki sistem terjemahannya bagi mengelakkan kekeliruan sama berulang.Insiden tersebut akhirnya reda selepas Hunter menjelaskan maksud sebenar perkataan yang digunakannya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!