suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syasya Rizal lincah semula selepas dua kali bersalin... “Tengah susukan anak pun saya praktis“

Syasya pilih pilih genre yang sudah sebati buat dirinya sebagai single pertama.

SELEPAS melahirkan dua cahaya mata, penyanyi Syasya Rizal masih mampu tampil lincah dan bertenaga menerusi lagu terbaharunya, Different.

Syasya, 30, berkata, dia menjalani latihan secara konsisten selama berbulan-bulan bagi memastikan setiap pergerakan tariannya sempurna.

“Sebenarnya, berbulan-bulan saya berlatih sebab saya tahu untuk keluarkan lagu ini bukan saya seorang yang bekerja keras.

Syasya masih lagi lincah dalam menari.

“Ramai orang di belakang tabir yang terlibat termasuk pasukan muzik video, koreografer dan pengurusan saya.

“Jadi, untuk tidak mengecewakan mereka dan peminat, saya berlatih setiap masa,” katanya.

Lebih menarik, Syasya memberitahu dia tetap menjalani latihan walaupun ketika menyusukan anak.

“Walaupun tengah susukan anak pun saya praktis. Sampai anak sulung saya, Yaseel, akan tutup mulut saya sambil cakap, ‘Mama, stop!’.

“Mungkin sebab dia sudah banyak kali dengar lagu ini,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak lama lagi cabutlah tudung“ - Syasya Rizal kesal usaha berhijab dipersenda, fokus baiki diri

ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal jaga imej berhijab, pilih jurusolek dan penari wanita... Penampilan tak halang minat

Berkongsi mengenai Different yang menjadi lagu pertama selepas kembali aktif dalam bidang muzik, Syasya berkata, dia memilih genre yang sememangnya sudah sebati dengannya sejak dahulu.

Katanya, lagu yang ditulis dan dicipta bersama brisan komposer terkemuka seperti Amirul Azhar, Asyraf Nasir, Adib Hamdi dan Naim Daniel itu merupakan karya yang cukup peribadi kerana ia menterjemahkan fasa kehidupannya kini selepas bergelar isteri dan ibu.

“Mesej utamanya sangat ringkas, saya di sini bukan untuk bersaing dengan sesiapa tetapi lebih membawa haluan sendiri.

“Fasa menjadi seorang ibu atau sudah berkahwin bukan halangan untuk wanita berhenti mengejar impiannya. Keutamaan kita mungkin berubah, tetapi impian tidak perlu dipadamkan,” kongsinya.

Different serlahkan sisi kematangan Syasya.

Dalam pada itu, Syasya tidak melatah sekiranya masih dibandingkan dengan kumpulan Dolla memandangkan dirinya sebelum ini dikenali sebagai anggota kumpulan berkenaan.

“Saya tidak boleh salahkan mereka sebab dulu pun saya dikenali sebagai ‘Syasya Dolla’. Cuma sekarang saya bawa lagu yang saya selesa buat.

“Untuk lagu pertama ini, ia macam satu lagu pengenalan supaya orang rasa macam, ‘Oh, ini Syasya!’. Tetapi dia sudah berbeza sekarang.

“Ada banyak perkara berbeza yang saya bawa termasuk imej dan fasa hidup yang berbeza. Itu yang saya mahu ketengahkan,” katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain