PENYANYI Layla Sania menyimpan hasrat untuk bertemu penyanyi popular Shila Amzah bagi mendapatkan nasihat dan berkongsi pengalaman mengenai perjalanan dalam industri muzik.Layla atau Layla Sania Kharuzikri, 24, berkata ramai peminat berharap dia dapat berkolaborasi dengan Shila yang disifatkannya sebagai seorang artis yang sentiasa menyokong bakat baharu. "Memang ramai peminat yang minta saya berkolaborasi dengan Shila. Saya pun banyak dengar cerita yang dia (Shila) seorang artis yang sangat supportive terhadap junior. "Memang teringin nak berjumpa dengan dia setidaknya sekali dalam seumur hidup. Layla menjadikan Shila sebagai sumber inspirasi."Saya mahu berbual dan tanya nasihat yang ingin diberikan. Saya pernah jumpa dia sekali saja, waktu itu saya belum betul-betul aktif dalam industri," katanya. Dalam pada itu, Layla turut mengakui kagum dengan keberanian Shila membuat keputusan besar untuk mengembangkan kerjaya di China."Bagi saya, dia sudah membuat keputusan besar untuk melebarkan kerjaya di China. ARTIKEL BERKAITAN: Video pakai tudung kena ‘take down’... Layla Sania kongsi cabaran guna media sosial ChinaARTIKEL BERKAITAN: Menuntut di sekolah Cina sejak kecil, pelakon baharu Layla Sania mengaku kurang fasih bahasa Melayu"Saya sebenarnya nak tahu bagaimana dia boleh menguatkan kerjaya dalam industri ini. "Saya terbuka untuk bekerjasama dengannya, itu pun kalau dia mahu (ketawa)," ujarnya. Sebelum ini, Layla mengakui menjadikan Shila sebagai antara sumber inspirasi dalam memasang impian untuk mengembangkan kerjaya sehingga ke pasaran China.Katanya, dia cukup mengagumi pencapaian Shila dan berharap mampu mencapai sekurang-kurangnya separuh daripada kejayaan penyanyi itu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube