suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Tamimi Siregar dedah enam tahun hidap ‘slip disc‘, tunggu pembedahan awal 2027

Tarmimi dapatkan nasihat doktor sebelum sertai KES.

BIARPUN pelakon dan pengarah veteran, Datuk Ahmad Tamimi Siregar kelihatan lincah menari di pentas Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES), hakikatnya dia berdepan masalah cakera tergelincir (slip disc) sejak enam tahun lalu.

Menurut Tamimi, 76, keadaan tersebut menyebabkan pergerakkannya sedikit terbatas selain kakinya mudah kebas terutama selepas berdiri dalam tempoh yang lama.

"Apabila menari ini berbeza dengan apabila kita bermain di atas pentas sebenarnya. Tambah pula usia. Kalau nak terkinja-kinja sangat, buruk pula rupanya. Nanti netizen sedap hentam kita.

Tamimi tidak mahu terlalu manjakan diri.

"Tapi yang sebenarnya fizikal kita pun bukanlah sekuat dulu. Saya ada masalah slip disc, sebab itu saya sediakan kerusi di hadapan pentas kerana saya perlu duduk.

"Kalau terlalu lama berdiri, kaki saya akan kebas. Jadi saya kena duduk sekejap sebelum boleh berjalan semula," katanya.

Jelasnya lagi, ketika ini dia sedang menunggu masa sesuai untuk menjalani pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

ARTIKEL BERKAITAN: Serik lepak kedai kopi lepas solat, geng masjid label Ahmad Tarmimi Siregar sombong - “Bukan sembang apa pun, mengumpat orang”

ARTIKEL BERKAITAN: “Maki dulu baru seronok berborak” - Begitulah cara kasar artis veteran bergurau, rahsia Ahmad Tarmimi kekal hubungan erat

"Saya berharap kalau semuanya tersusun, insya-Allah saya akan menjalani pembedahan. Saya sedang menunggu untuk menjalani pembedahan secara skop kerana tidak mahu luka terbuka. PPUM sudah ada kemudahan itu, cuma menunggu masa yang sesuai.

"Mungkin insya-Allah janganlah hujung tahun ini. Biarlah selesai awal tahun depan kerana jadual saya penuh sehingga Disember," kongsinya.

Berkongsi lebih lanjut, Tamimi mengakui dia mendapatkan nasihat doktor sebelum menyertai program berkenaan malah diingatkan agar tidak memaksa diri sehingga menyebabkan keadaan menjadi lebih serius.

"Memang kena degil dan risiko tanggung sendiri. Doktor cuma pesan jangan sampai rebah dan jangan sampai kita terpaksa menggunakan kerusi roda.

Tamimi tunggu masa sesuai untuk jalani pembedahan.

"Masalah ini sebenarnya perkara biasa. Ramai yang mengalaminya yang muda pun mengalami perkara sama. Cuma rawatan yang diterima itu berbeza," ujarnya.

Dalam pada itu, Tamimi juga berpendapat masalah kesihatanya merupakan satu cabaran yang perlu ditempuhi dan bukannya alasan untuk berhenti melakukan aktiviti yang dia sukai.

"Memang mengganggu, tetapi kita kena hadapinya. Sakit itu semua orang ada. Tetapi bagaimana kita menangani dan merawatnya.

"Kalau terlalu dimanjakan, kita tidak boleh buat apa-apa. Jadi jangan kita manjakan," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Eman Manan dapat Datuk