suria

Serik lepak kedai kopi lepas solat, geng masjid label Ahmad Tarmimi Siregar sombong - “Bukan sembang apa pun, mengumpat orang”

Tarmimi cerita pernah dilabel sombong oleh sekumpulan geng masjid.

PELAKON veteran Datuk Ahmad Tarmimi Siregar pernah dilabel sombong oleh sekumpulan jemaah masjid di kawasan perumahannya hanya gara-gara enggan melepak di kedai kopi bersama mereka selepas selesai solat.

Tarmimi atau Ahmad Tarmimi Siregar Mohd Kamal memberitahu dia lebih selesa terus pulang ke rumah kerana merasakan perbuatan melepak di kedai kopi sambil mengumpat tidak berfaedah dan mendatangkan dosa.

"Bukan saya tak pergi masjid tapi kadang-kadang pergi ada yang mengumpat... Jadi selepas solat saya terus pulang ke rumah dan enggan melepak di kedai kopi apabila ada yang mengajak.

size NP 1 (59)

Tarmimi tidak suka mengumpat perihal orang lain.

"Saya sampai pernah bergaduh dengan kumpulan mereka sebab kata saya sombong.

"Masalahnya bukan sembang apa pun, cuma mengumpat orang lalu lalang. Baik saya balik rumah.

"Itu pengalaman saya, jadi saya keluar daripada kumpulan itu," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: 15 kali tonton air mata tetap berderai, Ahmad Tarmimi Siregar harap ‘Perjalanan Pertama’ turut sentuh hati penonton

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Ahmad Tarmimi Siregar meninggal dunia akibat masalah pernafasan - “Dia sempat cakap nak peluk anak bongsu yang baru pulang dari kerja”

Tarmimi berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Bersama Media Sempena Program Khas Ramadan dan Syawal RTM baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Tarmimi memberitahu dia mengamalkan tip daripada bekas Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kekal sihat.

Kata Tarmimi, 74, dia sentiasa berpegang kepada kata-kata Dr Mahathir untuk kekal sihat seseorang itu perlu kekal aktif agar otak sentiasa bekerja.

size NP 1 (58)

Tarmimi terus pulang ke rumah selepas selesai tunaikan solat di masjid.

"Untuk habiskan masa pada usia sekarang, otak kena sentiasa bekerja.

"Bila otak kita berjalan baru rasa sihat. Itu tip daripada Tun Dr Mahathir," jelasnya.

Selain itu, Tarmimi berkata, dia juga banyak mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis sekiranya tidak mempunyai sebarang komitmen di lokasi penggambaran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain