suria

Berat badan bertambah 10 kilogram, Zahirah Macwilson suka makan nasi sejak hamil anak kedua

Zahirah dan Aiman bakal timang anak kedua April nanti.

RAMAI memuji kejelitaan pelakon Zahirah Macwilson yang kelihatan berseri-seri selain kagum dengan bentuk tubuhnya yang tidak banyak berbeza walaupun sedang sarat hamil anak kedua.

Zahirah atau Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, 29, bagaimanapun mendedahkan berat badannya mengalami pertambahan sebanyak 10 kilogram.

Kata pelakon itu, keadaan fizikalnya kelihatan seperti tiada perubahan mungkin disebabkan aktif bekerja walaupun sedang hamil.

"Enam nak masuk tujuh bulan dan masih lagi bekerja selagi mampu. Buat masa ini saya masih okay dan kuat lagi.

zahirah 5

Isacc suka tunjuk sikap penyayang kepada adiknya.

"Berat badan naik... saya rasa perkara itu sesuatu yang normal tapi mungkin sebab saya aktif berkerja jadi tak nampak sangat.

"Saya naik 10 kilogram sekarang ini dan mungkin akan bertambah lagi," katanya kepada mStar.

Menurut Zahirah, dia juga sudah mengetahui jantina anaknya dan bakal mengumunkan berita tersebut apabila sudah bersedia.

Kata Zahirah, anak sulungnya iaitu Isaac Raees individu paling teruja kerana bakal seorang abang tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau nak komen sudah lama saya buat”- Zahirah dan Aiman pilih tak layan isu Fathia Latiff

ARTIKEL BERKAITAN: Aiman Hakim Ridza tak sabar menanti tahun 2024, umum Zahirah MacWilson hamil anak kedua

"Dia sangat teruja, setiap hari akan cium perut saya dan bercakap dengan adiknya. Dia pun sudah beritahu semua orang dia akan jadi abang.

"Nampak dia punya kematangan dan sikap sebagai seorang abang," ujarnya.

Sementara itu, suaminya aktor Aiman Hakim Ridza, 35, memberitau ragam Zahirah semasa mengadungkan anak kedua agak berlainan berbanding sebelum ini.

Katanya, Zahirah tidak terlalu menjaga pemakanannya selain lebih menyukai makanan Melayu.

zahirah 4

Aiman pelik lihat Zahirah suka makanan Melayu.

"Anak kali ini sangat berlainan... Dia sangat aktif tak tahu mana datang tenaga dia.

"Dia sebelum ini sangat menjaga makanan dan tidak minum minuman bergas, nasi-nasi tak makan... tapi kali ini belasah semua.

"Kali ini macam rasa Melayu sikit. Itu pelik bagi saya. Biasanya saya yang makan nasi lemak dan minum minuman bergas tapi kali ini dia," kongsinya.

Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berumur tiga tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain