suria

Ako Mustapha kurang tawaran lakonan, lebih banyak ‘offer’ jadi duta produk

Ako menerima lebih banyak tawaran jadi duta produk.

LAMA tidak muncul dalam mana-mana drama televisyen, pelakon Ako Mustapha rezekinya kini lebih terarah menjadi duta produk kesihatan.

Menurut Ako atau Muhaizad Ahmad Mustafa, 52, penyakit diabetes dihidapinya menyebabkan banyak pihak menawarkan peluang mencuba pelbagai produk makanan kesihatan dihasilkan mereka.

"Disebabkan penyakit saya hidapi ini, ia telah buka lebih banyak pintu rezeki buat saya.

ako 2

Ako mengakui berat badannya telah bertambah dan penampilannya kelihatan lebih sihat.

"Banyak pihak cuba mendapatkan saya untuk uji produk mereka dari segi kandungan gula sama ada selamat untuk penghidap diabetes atau tidak," katanya kepada mStar.

Ako menjelaskan perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran Gema Raya Aidilfitri pada pagi Khamis di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur(PWTC).

Dalam pada itu, Ako menafikan dakwaan masalah kesihatan dihadapi penyebab dia kurang mendapat tawaran lakonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka strok, rupanya insulin dalam badan kosong... Ako Mustapha semakin stabil selepas 24 jam dikejarkan ke hospital

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Percaya kaedah tradisional dan nasihat orang punca kesihatan terjejas, Ako Mustapha kini ambil suntikan insulin 4 kali sehari

Ako yang menghidap penyakit itu sejak tujuh tahun lalu berkata produksi masih menawarkan tawaran berlakon kepadanya namun ketika ini lebih memfokuskan kepada komitmen dengan promosi produk.

"Tawaran berlakon masih ada tapi saya lebih fokus kepada komitmen saya dengan produk-produk yang saya sudah jalin kerjasama," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ako meluahkan rasa teruja kerana diberi peluang terlibat sebagai vendor Gema Raya Aidilfitri oleh Nadi Republik Event untuk Ramadan tahun ini.

553

Ako pernah dikejarkan ke hospital sebelum ini.

Ako memberitahu dia akan mengeluarkan satu produk minuman terbaharu dan koleksi sampin eksklusif kepada peminat dan pengunjung yang hadir ke ekspo tersebut.

Selain Ako, selebriti lain turut terlibat mempromosikan produk mereka termasuk Azan Scan, Norish Karman, Beego, Winie dan lain-lain.

Gema Raya Aidilfitri disertai lebih 200 vendor akan berlangsung selama 72 jam tanpa henti bermula dari 5 hingga 7 April depan di PWTC, Kuala Lumpur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain