suria

Ramai mahu tahu cerita sebenar tangkap khalwat, Ruhainies ambil pendekatan selangkah dalam satu masa

Nama Ruhainies ini menjadi perhatian ramai.

SEJAK terpalit kontroversi ditangkap khalwat bersama pelakon Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah pada awal pagi Sabtu, nama aktres Ruhainies terus menjadi perhatian orang ramai.

Malah setiap gerak-geri dan perkongsian Ruhainies di laman sosial miliknya dinanti banyak pihak bagi meleraikan segala kekeliruan berhubung insiden tersebut.

Terbaharu selepas tampil memohon maaf, Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, memaklumkan dia mengambil pendekatan selangkah pada satu masa dipercayai bagi menjelaskan kejadian sebenar.

ruhainies 2

Ruhainies masih ambil masa untuk kongsi kisah sebenar.

"One step at a time," tulisnya ringkas di Instastory miliknya pada petang Ahad.

Ramai yang melihat pelakon itu masih mengambil masa untuk menjelaskan secara terbuka tentang spekulasi hubungan dia bersama Aliff.

Dalam perkongsian sebelum ini, Ruhainies menegaskan terdapat kenyataan kurang tepat tentang dirinya berhubung hal berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz dan Ruhainies tampil mohon maaf, bakal perjelas kejadian sebenar ditangkap khalwat

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz dan Ruhainies bebas dengan jaminan, keluar dari Jawi sekitar 2 petang

"Ada beberapa kenyataan kurang tepat telah tersebar. Saya juga berharap spekulasi ini dapat dihentikan sehingga saya memberikan kenyataan bagi mengelakkan daripada kekeliruan dan salah faham," ujarnya.

Ruhainies dan Aliff ditahan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam satu serbuan yang dilakukan pada awal pagi Sabtu.

Mereka yang ditahan di Jawi bagi tujuan siasatan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan pada sekitar pukul 2 petang hari sama.

ruhainies 3

Kelibat Aliff dan Ruhainies juga dilihat memasuki kondominium sama pada Februari.

Kedua-dua mereka bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat.

Ruhainies dan Aliff kini sama-sama terlibat dalam penggambaran sebuah drama berjudul Terjerat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain