suria

Aliff Aziz dan Ruhainies bebas dengan jaminan, keluar dari Jawi sekitar 2 petang

Urusan Aliff dan Ruhainies selesai buat sementara waktu.

PELAKON Aliff Aziz dan Ruhainies yang ditahan atas dakwaan berkhalwat pada awal pagi Sabtu sudah dibebaskan dengan jaminan.

Mereka dilaporkan meninggalkan perkarangan pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kira-kira pukul 2 petang.

Sebelum itu, terdapat beberapa buah kenderaan memasuki bahagian lobi Jawi dipercayai bagi mengambil kedua-dua artis tersebut.

Aliff aziz

Antara kenderaan keluar masuk Jawi dipercayai milik pasangan tersebut.

Sementara itu, Aliff dan Ruhainies bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat.

Sebelum ini, adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan individu dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada awal pagi Sabtu adalah abang iparnya.

Pasangan itu ditahan di sebuah kondominium mewah yang terletak di Kuala Lumpur oleh penguatkuasa Jawi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tengah marah Ruhainies, sempat post video Aliff Aziz nyanyi ‘Hakikat Sebuah Cinta‘

ARTIKEL BERKAITAN: Adik ‘upload‘ video mesra Bella Astillah dan Ruhainies, dada netizen pula macam kena tusuk pisau

Didi bagaimanapun meminta semua pihak memberi ruang kepada Bella sebelum memberi sebarang kenyataan kerana masih dalam keadaan terkejut.

Ini bukan pertama kali Aliff berhadapan isu kontroversi malah pernah beberapa kali berlaku curang terhadap Bella.

Malah pasangan itu pernah bercerai pada 2019 akibat sudah tidak tahan dengan sikap pelakon itu.

Bagaimanapun pasangan tersebut mengambil keputusan kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain