suria

[V] Tiada istilah dibuang, Tuju mengaku ada salah faham dengan K-Clique... Tak mungkin kembali bersama

SELEPAS hampir dua tahun meninggalkan kumpulan K-Clique, penyanyi Tuju menjelaskan keputusan bergerak solo dibuat atas pilihan sendiri.

Enggan mendedahkan punca sebenar dia membuat keputusan itu, Tuju atau Mohd Azree Shah Awang Zamree, 28, menyifatkan ia terlalu peribadi untuk dikongsi kepada umum.

Bagaimanapun Tuju tidak menyangkal wujud salah faham di antara anggota K-Clique namun tidak pernah timbul isu merajuk sehingga menyebabkan dia angkat kaki.

tuju mk 3

Tuju tamatkan persengketaan bersama kumpulan K-Clique.

"Perkara ini terlalu peribadi dan sudah lama, saya sendiri pun lupa bagaimana hendak ceritakan.

"Kalau hendak dikatakan merajuk, itu tidak berapa tepat. Memang ada salah faham, namun kalau hendak cerita lebih baik anggota K-Clique yang beritahu.

"Keluar dari K-Clique adalah pilihan saya sendiri. Tiada istilah dibuang. Biarlah apa terjadi sebelum saya simpan untuk diri sendiri sahaja," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap ditanya soalan ‘mana Tuju?’, akhirnya Noki sahkan sudah keluar K-Clique... “Tak beri kesan apa-apa pun”

ARTIKEL BERKAITAN: Segak ahli K-Clique jadi ‘dulang boys’ tapi ketiadaan Tuju pula jadi perhatian... “Sampai hati tak datang majlis kawan”

Tuju ditemui ketika malam Risiko Pop Up Show yang merupakan kolaborasi dia bersama MK serta penyanyi penyanyi lain iaitu Ghidd, Benzooloo dan Meerfly.

Lagu berjudul Risiko yang dilancarkan pada 22 Februari lalu merupakan kerjasama pertama antara Tuju dan MK yang juga merupakan anggota kumpulan K-Clique.

Biarlah apa yang terjadi sebelum saya simpan untuk diri sendiri sahaja

TUJU

PENYANYI

Dalam pada itu, Tuju memberitahu walupun sengketa yang berlaku sudah selesai namun dia tidak mungkin akan kembali ke pangkuan K-Clique.

Pun begitu, Tuju terbuka jika ada projek istimewa bersama K-Clique pada masa hadapan.

"Saya sudah 'move on' dan secara jujur selepas dua tahun ini apa boleh saya kata tidak mungkin akan kembali bersama K-Clique.

tuju mk 2

Lagu Risiko menggabungkan lima penyanyi rap iaitu Tuju (kiri), Ghidd, Meerfly, Benzooloo dan MK.

"Saya mendoakan yang terbaik buat perjalanan kerjaya mereka selepas ini," katanya.

Sebelum ini, timbul pelbagai spekulasi mengenai tindakan Tuju meninggalkan K-Clique namun penyanyi rap itu memilih mengunci mulut mengenai perkara tersebut.

Malah kesemua anggota kumpulan itu juga mendakwa sudah lama tidak bertemu Tuju selepas dia menghilangkan diri.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain