suria

Segak ahli K-Clique jadi ‘dulang boys’ tapi ketiadaan Tuju pula jadi perhatian… “Sampai hati tak datang majlis kawan”

Kelibat Tuju di majlis pernikahan MK dan isteri jadi bualan netizen.

KEMERIAHAN majlis pernikahan penyanyi MK daripada kumpulan K-Clique bersama pasangannya iaitu Siti Hajaar Syeikh Nordin pada pagi Jumaat masih lagi menjadi bualan peminat.

Selain dihadiri keluarga, majlis itu juga turut diserikan dengan kedatangan sahabat terdekat antaranya ahli kumpulan K-Clique.

Penampilan Noki, Kdeaf, Somean, NastyNas dan Gnello segak mengenakan baju Melayu berwarna coklat cair menjadi dulang boys atau pembawa dulang semasa majlis berkenaan turut mencuri perhatian netizen.

K-Clique menjadi dulang boys untuk MK dan Hajaar.

Bagaimanapun, ketiadaan salah seorang ahli iaitu Tuju turut menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat.

"Mana Tuju? Kenapa dia tak ada?

"Mungkin ada plot twist, Tuju yang sebenarnya tengah rakam?

ARTIKEL BERKAITAN: Utamakan perkara wajib dahulu, MK K-Clique segera nikah Siti Hajaar kerana mahu elak fitnah

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap ditanya soalan ‘mana Tuju?’, akhirnya Noki sahkan sudah keluar K-Clique... “Tak beri kesan apa-apa pun”

"Tuju tak datang ke? Sampai hati dia tak datang majlis kawan sendiri," antara komen netizen menerusi satu video tular di aplikasi TikTok.

Sebelum itu, menerusi laporan mStar pada Disember 2022, Noki mengesahkan Tuju telah mengambil keputusan untuk membawa haluan sendiri kerana mahu fokus kerjaya solo.

"Betul dia (Tuju) sudah keluar K-Clique. Dia yang membuat keputusan itu dan mungkin mahu fokus untuk bangunkan nama sendiri.

Netizen mencari kelibat Tuju.

"Kalau boleh saya pun tidak mahu memberi sebarang komen tentang hal tersebut tersebut. Perkara ini telah terjadi lebih kurang empat bulan lalu," katanya.

Terdahulu, MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27 dan Siti Hajaar sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor.

Siti Hajaar menerima mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan.

Pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada 7 Mei lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain