suria

[V] Utamakan perkara wajib dahulu, MK K-Clique segera nikah Siti Hajaar kerana mahu elak fitnah

DI SEBALIK rasa syukur majlis pernikahan berjalan lancar, penyanyi MK dari kumpulan K-Clique memberitahu perancangan untuk berkahwin itu dibuat dalam masa dua minggu sahaja.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, berkata dia dan isteri iaitu Siti Hajaar Syeikh Nordin memilih untuk mengutamakan perkara wajib terlebih dahulu kerana mahu mengelakkan sebarang fitnah.

"Perancangan untuk berkahwin memang ada sebelum ini, tetapi kami belum tetapkan sebarang tarikh. Jadi saya perlu pilih tarikh sesuai untuk urusan dokumen dan sebagainya.

"Syukur segalanya berjalan lancar walau dalam tempoh dua minggu melakukan persiapan. Ada juga dugaan kecil, tetapi tidak mengganggu proses majlis.

WhatsApp Image 2023-06-16 at 9.36.25 AM

Dengan sekali lafaz, MK bergelar suami Siti Hajaar.

"Kami mahu utamakan perkara wajib. Dalam masa sama mahu elak fitnah orang ramai. Jadi kami segerakan bernikah,” katanya kepada mStar.

MK ditemui semasa majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor pada Jumaat.

Berkongsi cerita detik perkenalan mereka, MK berkata dia dan Siti Hajaar mula berhubung menerusi media sosial sekitar empat tahun lalu sebelum memutuskan untuk menjalinkan hubungan cinta.

Dia banyak menegur supaya menjaga tingkah elak melakukan perkara tidak sepatutnya

MK K-CLIQUE

PENYANYI

MK bagaimanapun mengambil langkah tidak mendedahkan kisah cinta mereka kerana bimbang ia menjadi bualan ramai.

"Saya tidak rahsiakan, cuma tidak menunjuk hubungan kami. Perkara yang belum pasti lebih elok tidak terlalu berkongsi.

"Selepas ini pun saya tidak mahu terlalu dedahkan kisah hidup bersama isteri. Mungkin ketika hadir di majlis tertentu sahaja saya akan bawa dia bersama," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Video MK hadir kursus kahwin tular, siap dipanggil penceramah buat latihan akad nikah

ARTIKEL BERKAITAN: MK K-Clique dah jadi suami orang, selamat disatukan dengan Siti Hajaar

Dalam pada itu, MK mengakui Siti Hajaar merupakan individu paling banyak mengajarnya mengenai kehidupan dan menegur jika dia melakukan sesuatu tindakan tidak sepatutnya.

"Syukur dia banyak mengajar saya tentang kehidupan termasuk daripada segi percakapan, adab dan penampilan.

"Dari sudut kerjaya seni juga dia banyak menegur supaya menjaga tingkah elak melakukan perkara tidak sepatutnya," ujarnya.

WhatsApp Image 2023-06-16 at 9.42.32 AM

MK syukur majlis nikah berjalan lancar dan dipermudahkan.

Ditanya mengenai lokasi bulan madu, pasangan ini memberitahu mereka belum ada perancangan itu.

Begitu juga soal zuriat, MK dan Siti Hajaar menyerahkan sepenuhnya kepada Allah SWT.

Pasangan ini dijangka mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel di Klang pada malam Sabtu ini.

Untuk rekod, MK dan Siti Hajaar mengikat tali pertunangan pada 7 Mei lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain