suria

MK K-Clique dah jadi suami orang, selamat disatukan dengan Siti Hajaar

MK dan isterinya Siti Hajaar.

SELEPAS beberapa kali menepis dakwaan mengenai perkahwinannya, penyanyi MK daripada kumpulan K-Clique akhirnya sah bergelar suami kepada Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, dengan sekali lafaz pada Jumaat.

MK selamat disatukan dengan Siti Hajaar kira-kira pukul 9.35 pagi di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor dihadiri keluarga terdekat.

MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid, Mahdi Mat Zain berwalikan bapa kepada pengantin perempuan iaitu Datuk Seri Dr Syeikh Nordin Sheikh Ahmad.

mk nikah

MK ketika pernikahan di Masjid Jamiul Huda Ampang, Selangor.

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun persiapan dilakukan dalam tempoh singkat. Syukur dah jadi suami.

"Doakan kebahagiaan kami bersama," katanya kepada mStar.

Siti Hajaar menerima mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan manakala wang hantaran dirahsiakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Video MK hadir kursus kahwin tular, siap dipanggil penceramah buat latihan akad nikah

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto pasport siap bersongkok, peminat serbu IG MK K-Clique... Mohon doa dipermudahkan

Pengantin lelaki turut menyerahkan enam dulang hantaran dibalas dengan jumlah sama.

Pasangan ini akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi di sebuah hotel di Klang, Selangor pada Sabtu.

mk 3

MK syukur sudah selamat bergelar suami.

Desas-desus perkahwinan MK sebelum ini mula diperkatakan apabila dia sendiri memuat naik gambar bersongkok dengan kapsyen seolah-olah memberi gambaran akan menamatkan zaman bujang.

Kemudian tular pula video menyaksikan dia menghadiri sesi kursus perkahwinan.

MK bagaimanapun memilih untuk mengunci mulut apabila ditanya mengenai perancangan hari bahagianya itu

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain