suria

Mizz Nina umum sudah berkahwin, kini isteri Essam Muhammad

Mizz Nina melangsungkan perkahwinan dengan Essam Muhammad pada pertengahan tahun ini.

PENYANYI dan aktivis kemanusian Mizz Nina berkongsi berita gembira memaklumkan selamat mendirikan rumah tangga kali kedua bersama jejaka pilihannya dikenali sebagai Essam Muhammad.

Majlis pernikahan Mizz Nina atau Shazrina Azman, 43, diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri kaum keluarga dan sahabat terdekat serta dipercayai berlangsung di luar negara.

“Saya baru-baru ini bernikah pada suku kedua tahun 2023 bersama suami tercinta Esaam Muhammad dalam majlis yang dihadiri keluarga dan teman rapat,” katanya.

Nina mendedahkan berita gembira itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik dilaman Instagram miliknya pada Khamis.

553

Mizz Nina akan mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Penyanyi itu turut memuat naik foto bersama Essam yang berpakaian serba putih dipercayai selepas majlis pernikahan mereka.

Tambahnya, dia cukup teruja dikurniakan lelaki yang berkongsi matlamat sama dalam usaha berdakwah.

ARTIKEL BERKAITAN: Noh Salleh, Mizz Nina dikhabarkan bercerai talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas muat naik foto Noh dan anak, Mizz Nina kongsi petikan ayat tentang curang

“Allah adalah sebaik-baik perancang dan telah menulis eposid baru dalam hidup kami dengan cukup indah.

“Kami bersama-sama menjalankan dakwah, kami berkongsi matlamat sama dan teruja dengan perjalan hidup baru ini,” ujarnya.

Dalam hantaran yang dimuat naik itu kelihatan wajah lelaki berkenaan bukan seperti seorang warganegara Malaysia.

553

Mizz Nina sebelum ini pernah berkahwin dengan Noh Salleh.

Nina juga memaklumkan mereka akan mengadakan majlis resespi di Kuala Lumpur dalam masa terdekat secara tertutup

Untuk rekod Nina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Noh Salleh pada 2 Julai 2011 namun mengumukan perceraian pada 4 Ogos tahun lalu.

Mereka memiliki seorang anak angkat lelaki bernama Musa.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain