suria

Kedai nasi ayam kena pecah masuk, Shiha Zikir tanggung rugi RM20,000

Shiha berdepan dugaan selepas tiga bula memulakan pernigaan.

PENYANYI Shiha Zikir terpaksa menanggung kerugian hampir RM20,000 apabila restoran miliknya yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur dipecah masuk.

Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 36, berkata, kejadian itu disedari sekitar pukul 10 pagi Khamis apabila salah seorang pekerjanya tiba di premis tersebut untuk memulakan perniagaan.

"Apabila staf saya masuk dia mula sedar kedai dipecah masuk apabila melihat mesin juruwang dan tempahan atas talian lesap. Dalam mesin itu ada sedikit wang tunai.

shiha zikir 2

Shiha terpaksa menutup operasi kedai buat sementara waktu.

"Kalau kira-kira mungkin hampir RM20,000 juga kerugian termasuk keuntungan sehari sekitar RM10,000. Jadi apabila berlaku begini terpaksalah tutup kedai," katanya ketika dihubungi mStar.

Shiha sebelum itu memaklumkan terpaksa menutup operasi restoran itu selama sehari bagi menguruskan hal berkaitan dan dijangka dibuka semula pada Jumaat.

Tambah penyanyi lagu Irama ini, tiada kesan pecah masuk pada bahagian pintu dan laporan polis dibuat oleh staf bertugas.

ARTIKEL BERKAITAN: Shiha Zikir tak terfikir guna pendinding demi lariskan perniagaan nasi ayam, cukup doa kepada Allah

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kalam’ kisah Shiha Zikir tergores hati dengan rakan artis dianggap sahabat, sampai kena serangan panik

"Apa yang peliknya staf saya beritahu memang tiada kesan pecah masuk. Dia dapat tahu apabila sudah berada dalam kedai.

"Kejadian ini memang menganggu urusan harian kerana ia melibatkan sistem. Jadi saya harap dapat selesaikan semua dengan segera dan kedai boleh beroperasi semula," ujarnya.

Sebagai seorang yang terlibat dalam perniagaan begini, saya kena bersedia dengan segala kemungkinan

SHIHA ZIKIR

PENYANYI

Sementara itu, Shiha berkata, dia tenang apabila menerima khabar tersebut dan kini fokus memikirkan tindakan lanjut yang perlu dilakukan.

"Setiap yang berlaku itu pasti ada sebab. Saya tenang saja apabila dimaklumkan... perkara dah nak jadi. Sekarang ini lebih memikirkan apa tindakan lanjut agar semuanya dapat diselesaikan segera.

shiha zikir 3

Sebagai perniaga Shiha sedia berdepan dugaan.

"Sebagai seorang yang terlibat dalam perniagaan begini, saya kena bersedia dengan segala kemungkinan.

"Namun ada sedikit rasa kecewa sebab sekarang ini saya memang seronok berniaga. Disebabkan kejadian ini terpaksalah tutup kedai sementara," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain