suria

[V] Hasnol terbuka hati kembali ke pangkuan bekas isteri, tapi mahu kukuh ekonomi dulu - “Dia bantu ketika saya susah”

SELEPAS lapan bulan bercerai, penyanyi Hasnol memberitahu hatinya kembali terbuka kembali ke pangkuan bekas isteri, Marina Mohin untuk sekali lagi menjalani hidup sebagai sebuah keluarga.

Hasnol atau Hasnol Hassan Ariff, 53, berkata, mereka juga pernah berbincang mengenai hal tersebut namun menyerahkan urusan jodoh kepada takdir dan ketentuan Allah.

"Kami berjumpa dan berbincang perkara itu (kembali bersama) pada Ramadan lalu tapi biarlah masa dan takdir menentukan segalanya. Sekuat mana kita mencuba sekalipun, soal jodoh itu ditangan Allah.

"Banyak perkara perlu difikirkan terutamanya pandangan keluarga dan orang sekeliling. Saya sudah meninggalkan dia jadi bukan mudah untuk kami kembali bersama," katanya kepada mStar.

hasnol 1

Hasnol dan Marina masih berkawan baik.

Dalam pada itu, Hasnol memberitahu meskipun mereka sudah tiada ikatan suami isteri namun masih mengekalkan hubungan baik sebagai sahabat dan sebagai bapa dia tetap menjalankan tanggungjawab memberi nafkah kepada anak mereka.

Kata Hasnol, buat masa ini fokusnya adalah untuk membina kembali keyakinan diri termasuk mengukuhkan pendapatan selepas kembali bekerja sebagai pengurus jualan di sebuah syarikat jual beli kereta import sejak November tahun lalu.

"Sekarang ini kami lebih selesa berkawan baik. Dia (bekas isteri) juga banyak membantu saya ketika waktu sukar.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri anggap tuduhan hadap kemasyhuran dan populariti fitnah besar, enggan buka aib Hasnol

ARTIKEL BERKAITAN: “Mana maruah saya sebagai lelaki?” - Tiada pendapatan tetap, Hasnol cerai isteri selepas 12 tahun kahwin

"Kami berpisah secara baik walaupun hati itu tidak mahu (bercerai).

"Saya lepaskan dia dengan alasan tertentu dan disebabkan itu saya tak mahu digelar dayus jika tidak menjalankan tanggungjawab selepas berpisah.

"Cuma buat sekarang biarlah saya bangkit dari sudut ekonomi dan mental. Saya kena gagahkan diri sendiri dahulu," ujarnya.

Saya masih single and available. Kalau ada yang boleh terima saya seadanya tak mustahil untuk kembali berumah tangga.

HASNOL

PENYANYI

Sementara itu, penyanyi lagu Gadis Sarawak ini juga tidak menolak sekiranya bertemu wanita lain yang sudi menerimanya untuk dijadikan pasangan hidup.

"Saya masih single dan available. Kalau ada yang boleh terima saya seadanya tak mustahil untuk kembali berumah tangga.

"Saya ini tiada harta atau kereta mewah yang ada cuma hati yang ikhlas," jelasnya.

hasnol 3

Hasnol kini lebih fokus pada kerjaya baharu.

Pada 6 Oktober tahun lalu, Hasnol melafazkan talak satu terhadap Marina di Mahkamah Syariah Daerah Hulu Langat, Bangi selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Haneesa Maisara yang kini berusia 12 tahun.

Sementara itu Hasnol juga memiliki tiga orang cahaya mata lain menerusi perkahwinan pertama dengan Akhmarzuraikha Salleh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain