suria

“Mana maruah saya sebagai lelaki?” - Tiada pendapatan tetap, Hasnol cerai isteri selepas 12 tahun kahwin

PENYANYI Hasnol mendedahkan punca sebenar perceraiannya dengan isteri, Marina Mohin adalah disebabkan masalah kewangan yang dihadapinya sejak sekian lama.

Hasnol atau Hasnol Hassan Ariff, 52, berkata, disebabkan perkara itu juga perkahwinan mereka mula goyah sehingga tiada lagi persefahaman di antara mereka dan membawa kepada perceraian.

"Saya mengakui sudah lama tidak mempunyai pendapatan tetap.

"Tidak dinafikan keadaannya (Marina) lebih stabil berbanding diri saya... mana maruah saya sebagai lelaki kalau saya tidak dapat menanggung segala-galanya?

WhatsApp Image 2022-10-06 at 12.44.47 PM

Marina kelihatan sugul ketika hadir ke mahkamah bagi sebutan kes perceraiannya.

"Jadi, saya mengambil keputusan untuk mengundur diri," katanya kepada mStar.

Terdahulu, Hasnol melafazkan cerai talak satu terhadap Marina, 52, di hadapan Hakim Syarie, Mohd Syafiq Ibrahim pada pukul 12.18 tengah hari, Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemelut Rumah Tangga Hasnol, Isteri Akhirnya Pulih

ARTIKEL BERKAITAN: “Mereka lebih tahu!” - Eyka Farhana biarkan netizen buat spekulasi hubungan dengan Akhyar Rashid

Lafaz itu dibuat penyanyi Laguku Untukmu itu di Mahkamah Syariah Daerah Hulu Langat, Bangi.

Sementara itu, Hasnol berkata, dia turut memberikan hak penjagaan anak perempuan mereka kepada Marina dan berharap mampu mencari pendapatan tetap selepas ini.

"Bekas isteri lebih layak dalam hak penjagaan anak kami kerana dia mempunyai kerja tetap.

WhatsApp Image 2022-10-06 at 12.44.46 PM

Hasnol turut meyerahkan hak penjagaan anak mereka kepada Marina.

"Insya Allah, jika dibuka pintu rezeki semula, saya akan bertanggungjawab bukan hanya anak saya bersama Marina tetapi anak-anak yang lain dengan bekas isteri pertama," katanya yang akur dengan perceraian tersebut.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama perkahwinan pasangan ini bergolak sejak berkahwin pada 2010 malah pada 2015 rumah tangga mereka pernah berantakan namun masalah itu diselesaikan secara baik.

Menerusi perkahwinan pertama dengan bekas isteri, Akhmarzuraikha Salleh, 52, Hasnol turut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aqeef Hayyat, 27, Aqeef Hilman, 24 dan Hanna Aeesya, 18 tahun.

Manakala Marina turut mempunyai tiga cahaya mata iaitu Zafirah, 28, Ilya Zulaikha, 27 dan Muhammad Aliff Imran, 22, hasil perkahwinan dengan bekas suami pertama.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain