suria

[VIDEO] Zul Ariffin mengaku salah, didenda RM30,000 kerana ‘post’ video sumbang

PELAKON Zul Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah kerana memuat naik kandungan bersifat sumbang di media sosial miliknya pada Mac lalu.

Zul atau nama sebenar Zulkifli Ariffin, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan hakim Noorhisham Mohd Jaafar di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor pada Selasa.

Zul diwakili oleh dua orang peguam iaitu Saresh Mahendaren dan Sivaram Prasad.

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin hadir ke SKMM, dua jam beri keterangan isu klip aksi ghairah

ARTIKEL BERKAITAN: Padah kongsi aksi lucah di IG, Zul Ariffin bakal disiasat... Annuar Musa larang babak panas tayang di TV

Pelakon itu hadir di mahkamah kira-kira pukul 8.15 pagi mengenakan sut berwarna kelabu dilihat berada dalam keadaan tenang.

Turut menemani aktor filem Talbis Iblis itu ialah teman baiknya iaitu penerbit filem Gayatri Su-Lin Pillai dan pengurusnya.

zul 2

Zul tenang hadir ke Mahkamah Sesyen Sepang pada pagi Selasa.

Sebelum ini pelakon itu didakwa memuat naik kandungan video babak panas bersama seorang pelakon bagi tujuan promosi drama berjudul Perempuan Itu di Instagram miliknya.

Perkongsian Zul itu mengundang pelbagai reaksi netizen apabila klip video itu dikatakan tidak sesuai untuk dipertontonkan khususnya di Malaysia kerana mengandungi elemen sumbang dan keterlaluan.

zul ariffin 3

Babak panas dikongsi Zul Ariffin undang rasa kurang senang netizen.

Tindakan Zul itu bukan sahaja menjadi bualan netizen, malah turut menarik perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan pendakwah.

Pendakwaan terhadap pelakon itu dijalankan mengikut Seksyen 233 (1) (A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Lain