suria

Netizen bertikam lidah gara-gara Shila Amzah, buat perbandingan dengan penyanyi lain... “Jika anda peminat sebenar, hentikan semua ini segera”

Shila Amzah minta peminat tidak membanding-bandingkan dirinya dengan penyanyi lain.

PESERTA Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Shila Amzah meminta masyarakat tidak membandingkan kualiti vokalnya dengan mana-mana penyanyi lain sehingga menimbulkan perbalahan dalam kalangan peminat.

Shila atau Nur Shahila Amir Hamzah, 32, berkata, dia tidak boleh menerima perbuatan sebegitu dan berharap peminat lebih bersikap menyokong terhadap artis pilihan mereka.

"Berhenti lakukan perbuatan sebegini. Saya tak boleh maafkan orang bercakap perkara tidak elok hanya kerana mahu menjadikan orang lain lebih baik.

"Jika anda adalah peminat sebenar, hentikan semua ini segera. Marilah kita raikan semua bakat, kasih sayang dan tiada kebencian," katanya.

shila amzah 2

Shila mengulas mengenai kenyataan pengguna Twitter.

Shila berkata demikian sebagai respon terhadap satu hantaran tular di Twitter yang mempertikaikan kredibiliti vokalnya ketika membuat persembahan minggu ketiga GV9 pada malam Ahad.

Pengguna Twitter itu menyifatkan vokal Shila masih jauh jika dibandingkan dengan penyanyi seperti Ernie Zakri dan Aina Abdul.

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan ikut nasihat Ramli MS bawa padah, konsert ketiga GV9 paling mencabar buat Haida Hasnan

ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman mengajar Shila Amzah jadi lebih matang... ‘tak kuasa’ melayan komen netizen terus pertikai penyertaannya dalam GV

Pandangan yang dilontarkan juga turut mendakwa Shila masih belum mencapai tahap nada sempurna (perfect pitch) apatah lagi untuk menandingi kehebatan penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza.

"Nyanyian Shila dari segi teknikal dan kemampuan masih jauh untuk dibandingkan dengan Ernie dan Aina. Berhenti berfikir untuk tamatkan kerjaya Siti.

"Nyanyian masih bergetar, tidak boleh boleh capai nada sempurna sehingga sekarang ini walau dia sudah mula menyanyi sejak kecil," tulis individu berkenaan.

shila amzah 3

Shila mendapat tempat pertama minggu ketiga GV9.

Pandangan tersebut merupakan satu kenyataan balas selepas seorang peminat memuji Shila yang berjaya menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tiga minggu bersaing di pentas GV9.

"Dengan nada tinggi itu, sudah tiba masanya untuk tamatkan kerjaya Situ Nurhaliza," tulis salah seorang pengguna Twitter.

Pada minggu ketiga GV9 yang berlangsung pada Ahad, Shila berjaya menduduki tempat pertama dengan markah 78.8 peratus selepas menyanyikan lagu berjudul Secangkir Madu Merah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain