suria

“CL pun pakai jaket labuh”... Dolla kunci mulut isu berpakaian seksi, pihak pengurusan akan buat kenyataan

Penampilan Dolla ketika muncul di acara Good Vibes Weekender menjadi perhatian.

SUSULAN kecaman hebat yang diterima ekoran berpenampilan seksi ketika membuat persembahan di Good Vibes Weekender minggu lalu, kumpulan Dolla menjelaskan gaya tersebut adalah pilihan pihak pengurusan mereka.

Mewakili anggota Dolla, Sabronzo memberitahu sebagai artis mereka menyerahkan keputusan mengenai karier kepada pihak pengurusan dan tugas mereka hanya fokus kepada memberi persembahan terbaik kepada peminat.

"Kami hanya artis sahaja, pihak pengurusan yang membuat segala keputusan. Jadi memang kami serahkan semuanya kepada mereka.

"Pihak pengurusan juga sentiasa mengingatkan agar kami fokus kepada tugas untuk membuat persembahan sahaja," katanya kepada mStar.

309229824_1270700603751846_3572548004208060749_n

Dolla enggan mengulas mengenai imej seksi mereka.

Sabronzo berkata demikian ketika hadir di majlis pratonton koleksi RR Bridal 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Sabronzo enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut kerana pihak pengurusan mereka, Universal Music Malaysia akan tampil menjelaskan isu berkenaan dalam masa terdekat.

"Kena tunggu pihak pengurusan beri jawapan. Saya tidak dibenarkan untuk memberi sebarang komen peribadi berhubung isu itu kerana mereka akan menjelaskannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Air mata Dolla tumpah, sebak pertama kali jumpa peminat sejak jadi artis

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah hidup Dolla diangkat dalam telefilem meski baru setahun jagung jadi penyanyi - “Tak kisah jika ada yang kata kami kayu”

"Sebagai artis dan anggota Dolla, saya perlu menghormati keputusan itu," ujarnya.

Selain Sabronzo, Dolla turut dianggotai oleh Tabby, Angel dan Syasya.

Pada persembahan itu, Dolla dikritik kerana didakwa terlalu berani tampil dengan gaya mencolok mata malah ada membandingkan dengan imej penyanyi kpop, CL daripada kumpulan 2NE1 yang mengenakan jaket hitam labuh dan lebih sopan.

309062319_8443004009073429_3588783575142788489_n

Persembahan bertenaga Dolla mendapat pujian.

Untuk rekod, penampilan seksi pada acara itu bukan kali pertama Dolla dikecam malah kemuculan mereka sering menjadi tumpuan ramai setiap kali muncul mengadakan persembahan.

Namun di sebalik kecaman tersebut, ramai turut memuji kualiti persembahan Dolla yang dilihat semakin menunjukkan perkembangan baik dan bertenaga di atas pentas.

“Semestinya kami sangat terharu apabila ada yang memuji persembahan kami. Saya harus ucapkan terima kasih kepada guru vokal Cikgu Syafi yang memberi latihan untuk kami fokus dan mengekalkan stamina.

“Saya sangat gembira apabila semua usaha kelas tersebut berhasil. Bagaimanapun perjalanan kami masih jauh dan banyak yang perlu dipelajari,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain