suria

Bekas isteri anggap tuduhan hadap kemasyhuran dan populariti fitnah besar, enggan buka aib Hasnol 

Hasnol dan Marina bercerai talak satu pada Khamis selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

BEKAS isteri penyanyi Hasnol iaitu Marina Mohin menyifatkan tuduhan punca penceraian mereka disebabkan dirinya mengejar kemasyhuran dan populariti adalah fitnah besar dibuat bekas suaminya.

Marina, 52, berkata, dia berharap masyarakat tidak mudah mempercayai tuduhan tersebut kerana ia sama sekali tidak benar.

"Satu sahaja yang saya boleh katakan, tuduhan inginkan kemasyhuran dan populariti adalah satu fitnah terhadap saya.

"Saya harap orang di luar sana tidak sewnang-wenangnya mempercayai secara membuta tuli tentang kenyataan tersebut," katanya.

Marina Mohin Mahkamah

Marina ditemani ahli keluarga ketika tiba di perkarangan mahkamah.

Terdahulu Marina dan Hasnol atau Hasnol Hassan Ariff, 52, sah bercerai dengan talak satu dihadapan Hakim Syarie, Mohd Syafiq Ibrahim di Mahkamah Syariah Bangi pada pagi Khamis.

Dalam pada itu, Marina enggan mengulas lanjut mengenai punca sebenar perceraian mereka kerana memikirkan soal maruahnya sebagai seorang wanita.

Marina juga enggan membuka aib Hasnol meskipun mereka sudah tidak mempunyai hubungan suami-isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mana maruah saya sebagai lelaki?” - Tiada pendapatan tetap, Hasnol cerai isteri selepas 10 tahun kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Kemelut Rumah Tangga Hasnol, Isteri Akhirnya Pulih

"Saya tidak mahu membuat sebarang kenyataan kerana tidak ingin mengaibkan sesiapa," ujarnya.

Apa paling penting kata Marina, keutamaannya adalah untuk menjaga emosi dan kebajikan anak mereka, Haneesa Maisara yang kini berusia 11 tahun.

Ini kerana katanya, anak perempuan mereka terganggu dengan berita perceraian mereka sehingga mendapat banyak pertanyaan daripada rakan-rakan di sekolah.

Hasnol Cerai 1

Hasnol menjelaskan isu kewangan punca utama perceraian mereka.

"Saya ada kerjaya dan anak yang perlu dijaga, jadi rasanya tidak ada apa-apa lagi yang ingin saya katakan untuk mengelakkan perkara ini menjadi lebih keruh," tambahnya.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama perkahwinan pasangan ini bergolak sejak berkahwin pada 2010 malah pada 2015 rumah tangga mereka pernah berantakan namun masalah itu diselesaikan secara baik.

Menerusi perkahwinan pertama dengan bekas isteri, Akhmarzuraikha Salleh, 52, Hasnol turut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aqeef Hayyat, 27, Aqeef Hilman, 24 dan Hanna Aeesya, 18 tahun.

Manakala Marina turut mempunyai tiga cahaya mata iaitu Zafirah, 28, Ilya Zulaikha, 27 dan Muhammad Aliff Imran, 22, hasil perkahwinan dengan bekas suami pertama.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain