suria

Tular video atas katil... Tya Ariffin dakwa ada pihak sebar sebelum dilancarkan, minta netizen tonton versi penuh

Aksi Tya yang menjadi bualan dalam kalangan netizen.

SEJAK beberapa hari lalu, nama Tya Ariffin menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen ekoran penularan sebuah video memperlihatkan pelakon dan usahawan itu mempamerkan aksi seksi di atas katil ketika menjalani sebuah penggambaran.

Tya atau Nurtia Wulandari menjelaskan penyebaran video itu tidak sepatutnya berlaku dan mendakwa ia berpunca daripada pihak tidak bertanggungjawab sehingga mengundang kecaman terhadap dirinya.

"Video itu tidak sepatutnya dikongsi kepada umum kerana versi penuhnya akan dilancarkan pada 10 Oktober ini.

tya 1

Tya kesal ada pihak sebarkan video promosi produk lebih awal sebelum dilancarkan.

"Ada pihak mengambil rakaman semasa penggambaran dan ia telah mengundang prespektif berbeza.

"Biasalah ketika penggambaran ada juga orang luar yang darang dan pihak itu menyebarkannya," katanya.

Tya menjelaskan hal tersebut menerusi perkongsian di laman TikTok miliknya pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit kepala berterusan sejak berada di Manila, Tya Ariffin dimasukkan ke hospital

ARTIKEL BERKAITAN: Korban masa demi perniagaan di tanah kelahiran, Tya Ariffin sanggup ulang alik Malaysia ke Indonesia

Sebelum ini tular sebuah video di sebalik tabir ketika Tya sedang menjalani penggambaran dipercayai bagi mempromosikan produk kecantikan keluaran syarikat miliknya.

Menerusi video berkenaan, ramai dalam kalangan peminat menyifatkan aksi Tya itu keterlaluan dan tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung.

Ada pihak mengambil rakaman semasa penggambaran dan ia telah mengundang prespektif berbeza

TYA ARIFIN

PELAKON/USAHAWAN

Dalam pada itu, Tya berkata, meskipun sedih dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu, dia enggan memberi komen lanjut mengenainya dan meminta peminat menantikan kisah sebenar di sebalik video itu nanti.

"Saya sedih kerana video tersebut tersebar lebih awal tapi buat semua, sabar dan tengok apa yang sebenarnya berlaku apabila ia dilancarkan nanti.

"Terima kasih kerana memberi sokongan kepada saya," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain