suria

PU Azman didakwa atas 5 pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap 2 remaja lelaki

PU Azman hadir di Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu.

PENCERAMAH selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman atau nama sebenar Azman Syah Alias didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan pada Rabu atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai lalu.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan kelucahan melampau itu terhadap dua remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun.

PU Azman, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama PU Azman jadi sebutan di media sosial sebagai penceramah terlibat jenayah seksual

ARTIKEL BERKAITAN: PU Azman muncul selepas sebulan hilang namun kelihatan agak cengkung

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

PU Azman yang hadir ke mahkamah memakai baju kurta berwarna biru gelap ditemani peguam, kakak dan abang iparnya kira-kira pukul 8.30 pagi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya iaitu Husni Fairos Ramly memohon mahkamah mengenakan jaminan tinggi terhadap tertuduh iaitu RM15,000 bagi setiap pertuduhan kerana kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Terima kasih kerana sudi menunggu dan Cikman menghargai doa daripada semua pihak

PU AZMAN

PENCERAMAH BEBAS

Peguam yang mewakili tertuduh, Mohamad Zahid Ahmad kemudian memohon jaminan yang rendah atas alasan pendapatan anak guamnya terjejas sejak direman bulan lalu dan memerlukan bantuan keluarga untuk menjaminnya.

"Dia telah hadir hari ini dan menunjukkan kerjasama yang sangat baik.

"Tertuduh berusia 41 tahun adalah seorang bujang dan turut menanggung keluarga di Rantau, Seremban," katanya dalam prosiding kes.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM40,000 bagi kesemua pertuduhan dan tertuduh dilarang menghampiri mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

pu azman 2

PU Azman bayar wang jaminan RM40,000.

Selain itu, mahkamah menetapkan syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada Sabtu pertama setiap bulan dan paspot diserahkan kepada mahkamah.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 8 Disember depan untuk serahan dokumen.

Dalam pada itu berdasarkan tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, PU Azman didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilakukan antara pukul 3 hingga 5 pagi, pada 6 Julai lalu di ruang tamu dan tandas sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan, Nilai Negeri Sembilan.

Tertuduh juga turut didakwa atas dua lagi pertuduhan melakukan amang seksual terhadap remaja berusia 16 tahun 10 bulan di sebuah bilik di kediaman sama kira-kira kurang pukul 8.30 malam hingga 12 tengah malam pada 5 Februari lalu.

Dia juga turut dituduh melakukan kesalahan serupa terhadap remaja yang sama di ruang tamu rumah sama antara pukul 3 hingga 6 pagi, 6 Julai lalu.

Sementara itu, PU Azman atau lebih mesra disapa Cik Man ketika bercakap kepada media selepas membayar wang jaminan pada pukul 2.40 petang mengucapkan terima kasih dan menghargai doa daripada semua pihak.

"Terima kasih kerana sudi menunggu dan Cikman menghargai doa daripada semua pihak. Alhamdulillah hari ini proses pertuduhan diserahkan kepada peguam," katanya ringkas.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Lain