suria

Nama PU Azman jadi sebutan di media sosial sebagai penceramah terlibat jenayah seksual

Nama PU Azman menjadi topik hangat apabila didakwa sebagai individu ditahan polis berhubung dakwaan jenayah seksual.

KETIKA orang ramai berteka-teki siapakah pendakwah bebas yang ditahan reman bagi membantu siasatan terhadap beberapa kes amang seksual, nama juara program Pencetus Ummah (PU) musim kedua, Azman Syah Alias dikaitkan sebagai suspek.

Sejak berita mengenai penahanan seorang selebriti lelaki terkenal dilaporkan pada Jumaat, netizen mula mencari-cari mengenai individu yang dimaksudkan.

Menerusi laporan media, selebriti tersebut direman enam hari bagi membantu siastan kes amang seksual fizikal terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an ditahan polis pada Khamis sebelum dibawa ke Mahkamah Klang untuk permohonan tahanan reman.

PU 2

Sehingga kini PU Azman mendiamkan dan tidak berjaya dihubungi bagi menyangkal tuduhan terhadapnya.

Menerusi perkongsian di Twitter, ada pihak mendedahkan suspek adalah seorang penceramah bebas, pengacara dan pelakon lelaki yang pernah memenangi program berkaitan ummah.

Klu diberikan telah menarik perhatian netizen dan mereka mula mengaitkan PU Azman atau lebih mesra dengan sapaan Cik Man sebagai individu ditahan polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenal mangsa dalam program motivasi, penceramah bebas didakwa lakukan amang seksual direman 6 hari

ARTIKEL BERKAITAN: PU Syed dituduh bersikap ‘double standard’ gara-gara tidak bantah Konsert Dewa 19... “Saya tiada kuasa! Jangan harap ustaz sahaja”

Semakan di Instagram milik pendakwah bebas itu turut mendapati netizen mula menyerang ruangan komen pada hantaran terakhir yang dibuat pada 3 September lalu.

Sehingga kini hantaran itu mendapat lebih daripada 800 komen daripada netizen yang bertanya dan mahukan kepastian adakah dia individu yang ditahan pihak berkuasa itu?

"Fuh, meriah komen dekat sini. Saya tidak mahu menuduh tetapi harap kebenaran akan keluar.

PU IG

Antara komen netizen yang mahukan kepastian di Instagram pendakwah berkenaan.

"Sesungguhnya rasa takut apabila para ilmuan, agamawan, ulam-ulama terpalit dengan isu seperti ini. Sebab daripada mereka semua akan dijadikan contoh.

"Semoga ia hanya sekadar fitnah. Masih sempat berdoa guys. Semoga Allah tunjukkan kebenaran yang sebenar-benarnya," tulis netizen.

Tidak hanya itu, ramai pihak membuat spekulasi pendakwah itu adalah individu ditahan apabila dia tidak muncul dalam segmen keagamaan sebuah stesen radio pada pagi Jumaat.

"Dengar tadi patut masuk radio, tetapi tiada.

PU Twitter 1

Pelbagai spekulasi dibuat netizen di Twitter.

"Hmm, nak husnuzon tapi nak tanya, semalam masuk (ke udara) tak? Kalau betul sangkaan saya, semalam pun dia tak masuk radio," katanya.

Sementara itu, seorang pengguna Twitter turut mendedahkan nama penuh Cik Man pada senarai kes yang akan disebut di mahkamah bagi mendapatkan perintah reman.

Pendedahan itu membuatkan orang ramai tidak percaya bahawa penceramah bebas itu yang ditahan namun ada juga yang meminta semua pihak tidak terus membuat tuduhan sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Usaha mStar menghubungi beliau untuk mendapatkan kepastian mengenai tuduhan itu bagaimanapun tidak berjaya.

Mahkamah

Ada yang turut mendedahkan senarai pendengaran kes melibatkan nama pendakwah itu di Twitter.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, polis telah menerima empat laporan berkaitan kes terbabit pada 30 Ogos lalu.

Kesemua laporan itu menurut Arjunaidi telah dibuat di Klang (2), Shah Alam (1) dan Kajang (1).

"Semua laporan dibuat oleh empat individu berusia dalam lingkungan 17 tahun hingga 18 tahun dan mendakwa mereka menjadi mangsa amang seksual dengan suspek dikenali sebagai penceramah bebas.

"Siasatan mendapati suspek mengenali keempat-empat mangsa ketika mengadakan program motivasi di Selangor.

PU Twitter 2

Antara komen lain netizen di laman sosial berhubung isu itu.

"Hasil perkenalan itu, suspek didakwa melakukan jenayah amang seksual fizikal terhadap semua mangsa," katanya.

Suspek ditahan pada 8 September oleh pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor.

"Suspek direman sehingga 14 September dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Beliau juga menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kes berkenaa kerana ia boleh mengganggu siasatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain