suria

Kenal mangsa dalam program motivasi, penceramah bebas didakwa lakukan amang seksual direman 6 hari

Polis mengesahkan menerima empat laporan daripada mangsa yang berusia dalam lingkungan 17 tahun hingga 18 tahun. Gambar hiasan

SEORANG penceramah bebas telah ditahan bagi membantu siasatan terhadap beberapa kes amang seksual.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, polis telah menerima empat laporan berkaitan kes terbabit pada 30 Ogos.

Kesemua laporan telah dibuat di Klang (2), Shah Alam (1) dan Kajang (1).

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz didakwa lakukan setubuh luar tabii terhadap pelajar lelaki

"Semua laporan dibuat oleh empat individu berusia dalam lingkungan 17 tahun hingga 18 tahun dan mendakwa mereka menjadi mangsa amang seksual dengan penjenayah itu dikenali sebagai penceramah bebas.

"Siasatan mendapati suspek berusia dalam lingkungan 40-an mengenali keempat-empat mangsa ketika mengadakan program motivasi di Selangor.

"Hasil perkenalan itu, suspek didakwa melakukan jenayah amang seksual fizikal terhadap semua mangsa," katanya.

Suspek ditahan pada 8 September oleh pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

"Suspek telah direman sehingga 14 September dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.

Beliau juga menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kes berkenaa kerana ia boleh mengganggu siasatan. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain