suria

M Daud Kilau stabil dan semakin pulih, ungkapan ‘Inallillah’ punca salah faham dikatakan sudah meninggal dunia 

Tular berita tentang kematian Datuk M Daud Kilau di laman sosial sejak Jumaat.

KHABAR angin mengenai kematian penyanyi terkenal Datuk M Daud Kilau disifatkan salah faham yang tidak sepatutnya berlaku.

Anak kepada penyanyi berusia 84 tahun itu, Ahmad Zaini berkata, kekeliruan itu berlaku mungkin disebabkan penggunaan foto hitam putih selain ungkapan 'Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un' yang cukup sinonim diucapkan apabila berlaku kematian.

"Sejak mesej kematian bapa saya tular di media sosial, kami memang tak menang tangan menjawab banyak panggilan termasuklah daripada Datuk DJ Dave yang inginkan kepastian.

"Sebenarnya kalau tengok pada hantaran yang tular itu tidak mengatakan bapa saya sudah meninggal dunia tetapi ungkapan 'Inalillah' dan gambar hitam putih mungkin menyebabkan orang ramai menganggap bapa sudah meninggal dunia.

md11

Datuk M Daud Kilau kini dirawat di Hospital Teluk Intan, Perak.

"Ungkapan itu sebenarnya biasa diucapkan jika seseorang ditimpa musibah dan bukan sahaja ketika berlakunya kematian," katanya kepada mStar.

Berkongsi mengenai perkembangan M Daud, Ahmad Zaini menjelaskan tahap kesihatan bapanya menunjukkan perubahan positif selain tahap oksigennya juga meningkat.

ARTIKEL BERKAITAN: Jantung terhenti, M Daud Kilau kritikal akibat paru-paru berair

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja terima kunjungan tetamu, M Daud Kilau pamer pakaian ‘show’ depan rumah

Malah katanya, M Daud sudah boleh bercakap dan menggerakkan badannya walaupun masih lemah.

"Ayah masih menggunakan bantuan oksigen tetapi pada tahap dua, lebih baik daripada sebelum ini.

"Dia juga sudah mula mampu bercakap dan menggerakkan anggota badan. Apa-apa pun saya ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan melawatnya di hospital," ujarnya.

M Daud sebelum ini dilaporkan dalam keadaan krtitikal selepas dimasukkan ke Hospital Teluk Intan, Perak pada Rabu lalu akibat masalah paru-paru berair.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain