suria

“Mereka lebih tahu!” - Eyka Farhana biarkan netizen buat spekulasi hubungan dengan Akhyar Rashid

Eyka enggan ulas lanjut soal kekasih hati.

TIDAK pernah membuka mulut mengenai kisah cinta, pelakon Eyka Farhana terus membiarkan netizen membuat andaian mengenai gosip cintanya dengan pemain bola JDT iaitu Akhyar Rashid.

Bagi Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 27, mengambil langkah berdiam diri adalah lebih baik kerana bimbang ada pihak yang tersalah anggap jika dia memberi kenyataan berhubung perkara itu.

"Dah banyak orang komen tentang hal ini di media sosial. Kalau mereka rasa dia (Akhyar) adalah orang itu terpulanglah! Saya pun tidak mahu terlalu kongsi kisah peribadi.

eyka 2

Eyka lebih selesa ambil langkah berdiam apabila dikecam netizen.

"Lebih baik saya berdiam daripada menerima kecaman. Biarlah orang terus bercakap kerana mereka lebih tahu," katanya kepada mStar.

Nama Ekya dan Akhyar menjadi sebutan netizen baru-baru ini selepas aktres ini memuat naik satu video di aplikasi TikTok yang memperlihatkan tangan seorang lelaki di bahunya.

Meskipun tidak mendedahkan wajah lelaki berkenaan, netizen pantas menyiasat dan mendapati baju lelaki itu sama seperti yang dipakai oleh Akhyar.

ARTIKEL BERKAITAN: Imej semakin seksi, Eyka Farhana selesa jadi diri sendiri... Tidak pernah pakai baju nampak lurah

ARTIKEL BERKAITAN: Eyka Farhana jelaskan gambar seksi diambil sebelum Ramadan, terpaksa ‘post’ sebab komitmen kerja

Sementara itu, Eyka berkata pengalaman memulakan kerjaya sejak usia muda membuatkan dia lebih matang dan tidak cepat melatah apabila menerima kecaman.

"Mungkin saya sudah terbiasa menerima komen-komen sebegitu. Kalau ada yang bercakap tentang perkara negatif saya ambil untuk perbetulkan diri, manakala komen positif pula saya jadikan semangat untuk teruskan hidup.

Lebih baik saya berdiam daripada menerima kecaman. Biarlah orang terus bercakap kerana mereka lebih tahu

EYKA FARHANA

PELAKON

"Kalau saya ambil serius sangat komen negatif ini, nanti boleh ganggu diri sendiri. Saya hanya jadi diri sendiri," jelasnya.

Meskipun terbuka menerima komen netizen itu, Eyka bagaimanapun mengakui ada ketika emosinya terganggu.

Justeru langkah terbaik adalah dengan tidak membaca komen berkenaan dan menyekat pengguna media sosial yang keterlaluan.

eyka 3

Teguran peminat bantu Eyka perbaiki diri.

"Lebih baik saya tidak membaca atau tutup sahaja ruang komen demi kesihatan mental. Bagaimanapun saya akan balas jika ada yang menegur secara baik.

"Jika ada yang keterlaluan dengan memberi kata-kata kesat atau melibatkan keluarga saya akan sekat terus," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain