suria

Peminat geram tengok Atiq Azman sampai berani minta gambar ‘bawah’… “Tapi saya tak boleh block mereka”

Atiq seronok layan peminat di media sosial selagi ia tidak keterlaluan.

MENERIMA banyak komen dan mesej peribadi (DM) di laman sosial, pelakon Atiq Azman mendedahkan ada dalam kalangan peminat berani menghantar gambar kurang sopan selain meminta dia menunjukkan bahagian sulit tubuhnya.

Terbuka menjawab setiap soalan yang diberikan peminat, Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Raja Azman Shah, 22, bagaimanapun tidak akan melayan mana-mana permintaan yang dianggap melampau.

"Paling teruk saya terima gambar kurang sopan dari orang yang tidak dikenali. Ada yang yang kata geram melihat saya dan minta untuk menunjukkan bahagian bawah badan.

atiq 1

Atiq menjawab pertanyaan melampau peminat dengan cara sindiran.

"Peliknya ramai yang menghantar pesanan begitu adalah lelaki, manakala wanita pula tidak begitu banyak.

"Memanglah tidak selesa apabila menerima pesanan begitu. Jadi yang mana dirasakan keterlaluan saya tidak layan atau mungkin sekadar menjawab dengan nada perli," katanya kepada mStar.

Atiq ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Seratus yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Atiq Azman teringin berlakon babak ‘fighting’, tapi susah dapat tawaran sebab muka terlalu jambu

ARTIKEL BERKAITAN: Atiq Azman jatuh motor lagi, kali ini terhumban dalam sungai... Sangka sudah sampai ajal, anggap teguran Allah

Melihat kepentingan pengikut di laman sosial, Atiq bagaimanapun enggan mengambil langkah menyekat mereka sebaliknya memilih untuk tidak melayan mesej berkenaan.

"Kalau saya terus berdiam di media sosial pun kasihan juga kepada peminat kerana mereka inilah yang membuatkan saya masih terus berada dalam industri seni ini.

"Dalam masa sama, saya juga tak boleh nak sekat (block) mereka kerana nanti jumlah pengikut akan berkurang. Media sosial adalah salah satu medium yang menjadi punca rezeki.

Peliknya ramai yang menghantar pesanan begitu adalah lelaki. Manakala wanita pula tidak begitu banyak

RAJA ATIQ

PELAKON

"Selagi boleh layan, saya teruskan sahaja buat content di media sosial," ujarnya.

Berkongsi tentang minat terhadap dunia pemotoran, Atiq berkata dia kini terpaksa memperlahankan hobinya itu selepas tiga kali terlibat dalam kemalangan.

"Motor saya pun belum dibaiki sepenuhnya lagi selepas kemalangan sebelum ini, jadi sekarang rehat dulu dari sebarang aktiviti ride.

atiq 3

Pengalaman terlibat dalam kemalangan buat Atiq rehat seketika dari sebarang akviti ride.

"Saya juga harus fikirkan soal keselamatan. Kalau dan tiga kali kemalangan eloklah perlahakan dahulu dari akviti sebegitu," jelasnya.

Atiq muncul sebagai salah seorang penampilan istimewa dalam filem arahan Feroz Kader itu bersama 99 orang pelakon lain.

Filem berkenaan membariskan Sharul Kamal, Sara Ali, Marissa Yasmin, Wan Hanafi Su dan Fauzi Nawawi sebagai barisan utama.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain