suria

Roslan Saleh terlantar tak mampu urus diri, kaki melecur punca kesihatan semakin merosot

Keadaan terkini Roslan yang terlantar. Foto: Facebook Ustaz Taufik.

KESIHATAN pelakon veteran Roslan Saleh dilaporkan berada dalam keadaan kurang baik akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya sejak lebih 10 tahun lalu.

Berkongsi keadaan terkini, isterinya iaitu Zainon, 59, memberitahu kesihatan Roslan atau lebih mesra disapa Pak Lan mula merosot sejak dimasukkan ke hospital pada Mei lalu kerana melecur pada bahagian tapak kaki.

"Ada seorang kenalan menawarkan untuk buat rawatan sendi ketika datang ziarah ke rumah. Bagaimanapun tiba-tiba kaki Pak Lan jadi melecur dan terpaksa di bawa ke hospital.

roslan saleh 2

Roslan sudah lama menghidap sakit kencing manis.

"Selepas beberapa minggu menerima rawatan, dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana ketika itu tekanan darah rendah. Sejak itu mulalah macam-macam penyakit datang.

"Sekarang ini suami sudah berada di rumah. Namun keadaan kesihatannya tidaklah begitu baik," katanya ketika dihubungi mStar.

Roslan bersama isteri dan seorang anaknya kini menetap di Masjid Tanah, Melaka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Risau Saya Okey” - Roslan Saleh

ARTIKEL BERKAITAN: Aripah masih di ICU, Normah Damanhuri tak henti doa mohon keajaiban

Dalam pada itu, Zainon memberitahu aktor berusia 65 tahun itu kini hanya terlantar di atas katil dan tidak dapat menguruskan diri sendiri.

Malah, penglihatannya juga semakin kabur dan masih bergantung kepada ubat-ubatan selain perlu ke klinik berhampiran untuk mencuci bahagian luka.

"Suami saya memang dah tak boleh nak berjalan dan hanya terlantar di atas katil.

Akibat kesan melecur sebelum ini, Pak Lan terpaksa datang ke klinik untuk mencuci luka setiap hari

ISTERI ROSLAN SALEH

"Makan pun saya yang suapkan. Ada juga seorang anak kami yang membantu untuk menguruskan Pak Lan setiap hari.

"Akibat kesan melecur sebelum ini, Pak Lan terpaksa datang ke klinik untuk mencuci luka setiap hari," jelasnya.

Dalam masa sama, Zainon berkata dia amat berbesar hati jika ada mana-mana pihak yang sudi menghulurkan bantuan keperluan seperti lampin pakai buang dan susu untuk Roslan.

Roslan merupakan seorang pelakon versatil yang sudah lama terlibat dalam dunia seni dan pernah tampil dalam berapa buah filem seperti Sembilu 2, Munafik 2 dan Anak Perjanjian Syaitan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain