suria

Atiq Azman jatuh motor lagi, kali ini terhumban dalam sungai... Sangka sudah sampai ajal, anggap teguran Allah

Atiq rasakan dirinya bagai sudah mati selepas terhumban ke dalam sungai

HILANG kawalan sehingga terhumban ke dalam sungai! Itu yang terjadi kepada pelakon Atiq Azman yang mengalami kemalangan motor berkuasa tinggi pada Jumaat.

Atiq yang mengalami kecederaan di bahu dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baru sebelum dipindahkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Atiq Azman jatuh lagi, kali ini motosikal ‘total loss’ - “Ada pasir atas jalan, terus hilang kawalan”

ARTIKEL BERKAITAN: Cucuk vaksin sama dengan tarikh daftar, netizen syak Atiq Azman dapat tiket ekspres - “Saya pun terkejut... mungkin sistem down”

Menceritakan pengalaman tersebut, Atiq merasaka dirinya bagai sudah mati.

“Saya dalam perjalanan dari Tanjung Malim ke Bukit Fraser tiba-tiba terbabas di sebuah selekoh tajam sehingga terhumban ke dalam sungai di tepi jalan.

“Selepas terhumban ke dalam sungai, saya ingatkan saya sudah mati.

“Saya pengsan beberapa minit sebelum rakan-rakan angkat dari sungai tersebut,” katanya kepada mStar.

atiq azman 2

Atiq mahu lupakan seketika minat terhadap motor

Untuk rekod, Atiq pernah terlibat kemalangan motor berkuasa tinggi pada September 2020.

Akibat kemalangan itu, Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 22, nekad mahu berehat sebentar daripada minatnya terhadap motor.

Katanya, kejadian itu juga bagaikan satu peringatan daripada Allah agar tidak lagi membahayakan diri.

Selepas terhumban ke dalam sungai, saya ingatkan saya sudah mati.

ATIQ AZMAN

PELAKON

“Ini merupakan kali kedua saya terlibat dalam kemalangan dengan motor berkuasa tinggi.

“Mungkin Allah nak tegur saya supaya berehat dahulu dari terus aktif menungga motor berkuasa tinggi.

“Saya juga risau jika terjadi kemalangan yang lebih teruk akan menjejaskan kerjaya seni selepas ini.

“Bukan bermaksud putus atas dan tak mahu ride lagi, sebab ini adalah minat saya. Cuma perlu masa rehat seketika,” jelasnya.

atiq azman 3

Atiq kini sedang berehat untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut

Berkongsi tentang kecederaan yang dialami, Atiq bersyukur tidak pengalami patah tulang.

“Kemalangan tersebut menyebabkan bahu kiri saya cedera, namun tidak ada tulang yang patah.

“Doktor akan melakukan pemeriksaan lanjut untuk melihat jika ada berlaku masalah dalaman yang mungkin memberi kesan lebih serius.

“Buat masa sekarang saya berehat di pusat perubatan ini untuk beberapa hari,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain