suria

Cucuk vaksin sama dengan tarikh daftar, netizen syak Atiq Azman dapat tiket ekspres - “Saya pun terkejut... mungkin sistem down”

Atiq Azman sudah mendapat tarikh untuk suntikan dos kedua pada 5 September depan.

TINDAKAN pelakon Atiq Azman memuat naik paparan skrin aplikasi My Sejahtera bagi menunjukkan tarikh vaksin mengundang padah apabila dituduh mendapat tiket ekspres atas nama selebriti.

Menurut Atiq atau nama sebenarnya, Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 21, dia sebenarnya sudah lama mendaftar di aplikasi MySejahtera iaitu pada bulan April lalu.

Bagaimanapun, mungkin disebabkan masalah teknikal pada sistem aplikasi tersebut, tarikh pendaftaran bertukar kepada tarikh yang sama dia menerima dos pertama iaitu 4 Julai lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Atiq Azman ‘broken’ lagi, kali ini hadiah sejambak bunga untuk wanita istimewa - “Dia selalu bantu saya dalam apa jua keadaan”

"Saya dah daftar vaksin sejak bulan April lagi, saya pun terkejut juga kenapa MySejahtera keluar register 4 Julai, saya pun tak perasan.

"Lepas itu saya pun bertanya pada kawan-kawan dan mereka pun cakap benda itu juga jadi sama pada mereka disebabkan mungkin sistem down.

"Saya pun daftar dan tunggu tarikh macam orang lain jadi tiada sebarang keistimewaan pun diberikan kepada saya, " katanya ketika dihubungi mStar.

atiq

Netizen pertikai tarikh vaksin Atiq.

Netizen sebelum ini mempersoalkan paparan skrin aplikasi My Sejahtera yang dimuat naik Atiq menunjukkan dia mendaftar di MySejahtera pada 4 Julai, juga sama dengan tarikh pemberian dos suntikan pertamanya.

Rata-ratanya mendakwa pelakon drama Nur itu mendapat 'tiket ekspres' berbanding orang lain yang terpaksa menunggu lama.

Atiq juga mengakui dia menerima kata-kata kecaman daripada netizen namun mengambil pendekatan enggan memanjangkan perkara terbabit.

Saya dah daftar vaksin sejak bulan April lagi, saya pun terkejut juga kenapa MySejahtera keluar register 4 Julai, saya pun tak perasan.

ATIQ AZMAN

PELAKON

"Ramai juga yang reply InstaStory saya tanya kenapa sama tarikh dan di situ pun ada juga yang beritahu kemungkinan system error.

"Saya sebenarnya jenis yang malas nak layan sangat kalau melibatkan perkara-perkara negatif macam ini, tak ambil vaksin salah, takkan dah ambil vaksin pun orang cari salah juga.

atiqq

Pelakon siri Nur ini enggan ambil pusing kata negatif netizen.

"Saya tak rasa sedih ke apa bila kena kecam, cuma saya ambil pendekatan tak nak layan sangat perkara ini, " ujarnya.

Sudah mendapat tarikh untuk suntikan dos kedua pada 5 September ini, Atiq turut berkongsikan kesan sampingan yang diterima ketika menerima suntikan pertama.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya ada rasa kesan sampingan selepas cucuk, malam tu dah start demam sampai esok pagi. Lusa kembali baik macam biasa... tapi saya akui selera makan memang asyik bertambah, asyik rasa lapar biarpun tengah demam masa itu.

"Saya dapat vaksin Astra Zeneca dan sekali lagi akan ke UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) di Bangi untuk suntikan kedua pada 5 September ini, " katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain