suria

Peminat Atiq Azman ‘broken’ lagi, kali ini hadiah sejambak bunga untuk wanita istimewa - “Dia selalu bantu saya dalam apa jua keadaan”

Atiq menjelaskan hadiah dan sejambak bunga yang diberikan kepada Najiaa sebagai tanda penghargaan.

PERKONGSIAN foto pelakon Atiq Azman bersama personaliti media sosial atau Instafamous yang dikenali sebagai Najiaa di laman Instagram menarik perhatian netizen.

Enggan terus membiarkan netizen terus berteka-teki, Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah, 20, mengakui sedang berkawan rapat dengan wanita tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Sering dikaitkan dengan Raja Afiq, Raja Atiq kini mahu dikenali sebagai Atiq Azman

Pelakon yang popular menerusi drama Nur ini turut menjelaskan hadiah dan sejambak bunga yang diberikan kepada Najiaa dalam foto yang dikongsikannya itu merupakan tanda penghargaannya kepada wanita tersebut.

Perkongsian foto Atiq bersama Najiaa menarik perhatian peminatnya.

"Apa yang boleh saya katakan, kami berkawan rapat dan dia antara salah seorang yang banyak membantu saya.

"Kami pergi makan di sebuah pusat beli-belah dan saya bagi bunga serta hadiah kepadanya sebagai menghargai seseorang yang selalu bantu saya dalam apa jua sekalipun," katanya kepada mStar.

Foto tersebut memperlihatkan Najiaa memegang sejambak bunga dan hadiah pemberian Atiq sempena ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.

Dah hampir dua tahun saya kenal dia melalui Instagram sahaja.

ATIQ AZMAN

PELAKON

Rata-rata netizen mula membuat andaian Atiq mempunyai hubungan istimewa dengan Najiaa dan menjangkakan ramai peminat wanitanya akan kecewa.

Sementara itu Atiq menegaskan biarpun mereka sudah mengenali antara satu sama lain sejak dua tahun lalu namun dia belum memikirkan soal cinta kerana ingin memberi tumpuan kepada kariernya.

"Dah hampir dua tahun saya kenal dia melalui Instagram. Kalau boleh saya nak bercakap dan tumpu pada karier sahaja, soal cinta ni saya belum terfikir untuk ke fasa seterusnya," ujarnya.

Atiq tidak mahu memikirkan soal cinta buat masa kini.

Bagaimanapun pelakon ini berharap agar peminat terus menyokong kerjaya lakonannya.

Dalam perkembangan lain, Atiq baharu saja selesai menjalani penggambaran untuk slot Samarinda TV3 bagi drama Aku Yang Gelar Kau Isteri dan bakal memasuki set penggambaran filem Rasuk pada Disember depan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain