suria

Tahniah! Cat Farish selamat bernikah lagi - “Inilah isteri abang, ada siapa-siapa berani kacau?”

Cat dan Suriani selamat bernikah pada pagi Jumaat.

TIADA angin tiada ribut, anggota kumpulan Ruffedge iaitu Cat Farish selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangan pilihannya yang dikenali sebagai Suriani Hassan, 34, kira-kira pukul 10 pagi Jumaat.

Cat atau nama sebenarnya Farrish Zaquan, 46, meluahkan rasa syukur apabila majlis yang diadakan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Senawang, Negeri Sembilan itu berjalan dengan lancar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kurus orang cakap sakit, ada juga kata nampak tua” - Cat Farish tak peduli mulut orang, yang penting sihat

"Alhamdulillah... saya bukan lagi bujang hari ini. Saya sudah sah bergelar suami isteri. Sekarang inilah isteri abang, ada siapa-siapa berani kacau?



Cat turut berkongsi momen sepanjang majlis pernikahannya menerusi IG Live.

"Saya syorkan buat akad nikah di Pusat Islamiah ini, mudah sangat urusan dan kad kahwin pun terus dapat. Tak perlu tunggu 14 hari seperti pasangan lain," katanya.

Penyanyi lagu You Dan Ysukuku itu turut berkongsi momen sepanjang majlis pernikahan mereka menerusi siaran langsung Instagram (IG Live).

Cat yang kelihatan bersahaja dan tidak henti-henti melayan peminat mengakui berasa gementar saat di dalam bilik khas pernikahan mereka itu.

Menerusi video tersebut, Cat turut menunjukkan kad dan sijil perkahwinan mereka selepas selesai majlis akad nikah yang hanya dihadiri saksi dan ahli keluarga terdekat.

Sekarang, inilah isteri abang, ada siapa-siapa berani kacau?

CAT FARISH

PENYANYI DAN PELAKON

Difahamkan keluarga Cat sebelum ini telah menghantar rombongan merisik pada 20 September lalu.

Sementara itu, Cat ketika dihubungi mStar memberitahu dia mula mengenali isterinya sejak empat tahun lalu dan mereka mengambil keputusan untuk bercinta selepas kahwin.

"Isteri saya bekerja sebagai pereka fesyen dan baju kahwin serta baju keluarga semuanya dia yang buatkan. Kami dah kenal selama empat tahun dan berkawan saja sepanjang tempoh itu tapi hari ini kira official kami bercinta.

"Kami nak bercinta selepas kahwin sebab bagi saya, ia sesuatu yang mulia. Penerimaan anak-anak mula itu agak emosi tapi bekas isteri dan suaminya banyak bantu saya sehingga anak-anak boleh terima.



Cat dan isterinya, Suriani Hassan.

"Alhamdulillah... sekarang isteri saya ada hubungan yang sangat baik dengan anak-anak dan juga bekas isteri saya," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, ruang komen di perkongsian foto Cat bersama isterinya dipenuhi dengan ucapan tahniah dan doa daripada netizen.

Cat Farish pernah mendirikan rumah tangga bersama Hartiny Ramli namun mereka berpisah pada April 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 14, Eva Latheefa, 11 dan Qul Iskandar, 10.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain