suria

Video Aliff Aziz tayang ‘anu’ tular lagi! Bella Astillah tak pandang zaman jahil suami - “Waktu itu hati dia mungkin buta”

Bella dan keluarganya akan terus mendoakan yang terbaik dan memberi sokongan tanpa henti kepada Aliff.

KECOH lagi di Twitter dengan dua video pendek memperlihatkan seorang lelaki mirip penyanyi Aliff Aziz melakukan aksi tidak senonoh di dalam tandas tersebar sejak Sabtu lalu.

Tampil mengenal pasti identiti lelaki berkenaan, pelakon Bella Astillah atau Dayang Nabellah Awang Astillah bagaimanapun memberitahu bahawa video itu dirakam ketika suaminya masih jahil tentang agama.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz usaha buang tatu, ikhlas mahu berubah jadi lebih baik

"Video tu dah sangat lama yang sudah terjadi di masa lalu, saya tak nak tahu dan tak nak tengok pun zaman jahil dia. Waktu itu hati dia mungkin buta.

Seorang netizen berkongsi video lelaki yang dipercayai mirip Aliff.

"Sekarang ini dia sedang cuba yang terbaik untuk berubah ke arah kebaikan secara perlahan-lahan. Tapi masih ada yang ingin menjatuhkan dia.

"Mungkin sebab tak senang dengan kebahagiaan dan perubahan Aliff... Wallahualam," kata pelakon berusia 27 tahun itu ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini, dua klip video yang berdurasi keseluruhan hampir dua minit yang memperlihatkan dengan jelas wajah penyanyi lagu Sayang Sayang itu menunjukkan kemaluannya dimuat naik oleh seorang netizen sehingga menjadi perbualan hangat di laman Twitter.

Mungkin sebab tak senang dengan kebahagiaan dan perubahan Aliff.

BELLA ASTILLAH

PELAKON

Sehingga kini, video yang memperlihatkan Aliff tanpa seurat benang itu mendapat lebih 20, 000 ribu tontonan, 600 ulang kicau (retweets) dan hampir 1, 200 tanda suka.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, Bella yang juga seorang penyanyi memberitahu dia dan keluarganya akan terus mendoakan yang terbaik dan memberi sokongan tanpa henti kepada suaminya.

"Bagi saya sekarang, perkara yang jauh lebih penting adalah saya dan keluarga akan terus mendoakan yang terbaik dan tidak akan berhenti memberikan sokongan 100 peratus kepada dia," ujarnya.

Bella dan Aliff mempunyai dua orang anak.

Aliff kembali ke pangkuan isteri dan anak-anak di Malaysia pada Disember tahun lalu selepas dua tahun menetap bersama keluarganya di Singapura.

Bella berkahwin dengan Aliff pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata Muhammad Ayden Adrian, 3, serta Ara Adreanna yang kini berusia setahun.

Pasangan ini pernah bercerai pada pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun rujuk kembali ketika Bella dalam tempoh edah.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain