suria

Aliff Aziz usaha buang tatu, ikhlas mahu berubah jadi lebih baik

Aliff kini berada disamping isteri dan anak-anak di Kuala Lumpur sejak Disember tahun lalu.

PERKONGSIAN penyanyi dan pelakon Aliff Aziz yang ingin mencari klinik untuk membuat rawatan membuang tatu di Instagram baru-baru ini menarik perhatian netizen.

Aliff atau nama sebenar Muhammad Aliff Aziz, 30, berkata, tindakan untuk membuang tatu itu bukan untuk membuktikan kepada sesiapa pun sebaliknya ia datang daripada hatinya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaduh lagi! Aliff Aziz bertatu kena belasah tepi jalan

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir dua tahun terpisah... Aliff Aziz kembali ke Malaysia, mulakan hidup baharu bersama Bella Astillah - “Semoga usaha saya banggakan umi dan ayah”

Tambahnya, perkara itu juga dilakukan secara ikhlas terutama dalam usaha untuk berubah menjadi manusia lebih baik.



Aliff memuat naik status pertanyaan itu di Instastory baru-baru ini.

"Semua orang tahu kesilapan saya, macam-macam yang terjadi.. saya pun tak nak sebut soal itu. Saya pernah lalui satu masa terburuk dalam hidup. Saya mengaku telah melakukan banyak penyesalan pada masa lalu saya.

"Jadi, saya cuba untuk mengenal pasti apa yang boleh dibuat. Memang dalam agama pun ada cakap kalau benda itu (buang tatu) memudaratkan... tak perlu.

"Saya rasa itu adalah usaha saya, bukan orang lain atau pun nak buktikan kepada sesiapa. Sebab the end of the day, kalau kita buat secara ikhlas orang akan rasa keikhlasan itu," katanya.

Suami kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah itu ditemui ketika majlis pelancaran pembukaan medan selera Masok Foodcourt di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Isnin.

Saya pernah lalui satu masa terburuk dalam hidup.

ALIFF AZIZ

PENYANYI & PELAKON

Sebelum ini, Aliff memuat naik status di Instastory meminta pertolongan daripada netizen untuk mencadangkan klinik bagi rawatan membuang tatu.

Sekitar Januari tahun lalu, sebuah video memperlihatkan seorang lelaki dipercayai Aliff memakai baju singlet, berseluar biru dan memiliki tatu di belakang badan melakukan provokasi dan bergaduh dengan orang awam di Singapura.

Hampir dua tahun dihimpit pelbagai kontroversi dan tinggal bersama keluarga di Singapura, Aliff akhirnya kembali ke pangkuan isteri dan anak-anak iaitu Muhammad Ayden Adrian dan Ara Adreanna di Malaysia pada Disember lalu.



Video seorang lelaki dipercayai Aliff yang memperlihatkan tatu di belakang badanya pernah menjadi tular.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sayang Sayang ini meluahkan rasa terharu kerana mendapat sokongan penuh daripada ahli keluarga dan rakan-rakan semenjak berada di Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah sejak saya di sini, ramai yang beri sokongan. Daripada keluarga, kawan-kawan, semua bagi sokongan kepada saya. Saya rasa gembira dan akhirnya saya dapat juga jumpa dengan semua rakan media," ujarnya.

Aliff berkahwin dengan Bella pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata Muhammad Ayden Adrian, 3, serta Ara Adreanna yang kini berusia 7 bulan.

Pasangan ini pernah bercerai pada pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun rujuk kembali ketika Bella dalam tempoh edah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain