suria

Gaduh lagi! Aliff Aziz bertatu kena belasah tepi jalan

Lelaki bertatu dipercayai Aliff bergaduh di kaki lima jalan.

BELUM reda dengan isu bergaduh dan menunjukkan kemaluan di tempat awam, nama penyanyi Aliff Aziz sekali lagi menjadi sebutan netizen apabila kali ini tersebar pula rakaman video dia bertengkar di sebuah restoran di Singapura.

Menerusi video tersebut, lelaki dipercayai Aliff memakai baju singlet, berseluar biru dan memiliki tatu di belakang badan melakukan provokasi dan bergaduh dengan orang awam.

Dia turut dipukul bertubi-tubi oleh seorang lelaki di kaki lima jalan sebelum melarikan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak serik! Aliff Aziz buka episod tahun baharu dengan video aksi tak senonoh - “Ada kawan bukan nak tolong, siap rekod”

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz didakwa berkelakuan tidak senonoh, tuduhan ketiga di mahkamah dalam masa hampir tiga bulan

"Guys dia gaduh lagi, Aliff Aziz ni tatu penuh belakang (badan) tapi penakut... berlari berkejaran.

"Kena halau balik Jurong, sibuk kawasan orang cari fasal, mabuk sampai gaduh," tulis pengendali akaun Twitter @pio_dhurjana.

Tular video Aliff Aziz bergaduh di laman Twitter.

Rata-rata pengguna laman tersebut meluahkan rasa simpati dengan apa yang berlaku terhadap Aliff.

Bagaimanapun, ada juga yang menyifatkan kejadian itu bukan perkara baharu dan tidak terkejut apabila menonton video berkenaan.

"Semoga Aliff Aziz dikurniakan hidayah oleh Allah SWT dan dipermudahkan segala urusannya serta keluarga... seakan tidak terkejut dengan kejadian yang berlaku.

"Macam biasa, aduh bosanlah cerita orang Singapura ni. Kenapalah sampai macam ni? Dulu minat dekat dia.

Sebelum ini tular video Aliff bergaduh dan menunjukkan kemaluan di sebuah restoran.

"Sedih betul hidup dia ni, asyik kena terajang dengan orang je. Kasihanlah dia ni!” tulis netizen.

Pada 13 Januari lalu, tular rakaman video penyanyi lagu Sayang Sayang ini melakukan provokasi dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang individu sebelum mula membaling kerusi.

Aliff juga tanpa segan silu turut membuka zip seluar sebelum menunjukkan alat sulitnya kepada orang ramai.

Seorang lelaki dipercayai rakannya dilihat cuba untuk menenangkan Aliff namun tidak berjaya.

Sebelum ini dia juga pernah terbabit dengan beberapa siri pergaduhan dan didakwa di mahkamah atas pertuduhan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Aliff Aziz

Artikel Lain