suria

“Ia cukup aib! Maruah dan aurat wanita di Makkah boleh tercemar” - PU Amin bimbang Sajat tunai umrah berpakaian wanita

Sajat menunaikan umrah bersama keluarga dan dua anak angkatnya.

MEDIA sosial hari ini kecoh apabila usahawan kosmetik, Nur Sajat berkongsi foto dan video ketika mengikuti rombongan mengerjakan umrah di Makkah bersama keluarga dan rakan-rakan dengan berpakaian wanita.

Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak terutama yang kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah itu kerana sangsi dengan status jantinanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Sajat nak kahwin, mahu tukar jantina dalam MyKad” - 'Runner' nafi tipu duit, tuntut mohon maaf

Salah seorang yang meluahkan kebimbangan ialah Pencetus Ummah (PU) Amin kerana berharap selebriti laman sosial itu mengikut adab sebagai seorang lelaki.

PU Amin meluahkan rasa bimbang apabila Sajat menunaikan umrah dengan berpakaian wanita.

“Jangan risau, saya sangka baik Sajat bertudung untuk ambil gambar sahaja. Namun dia berihram seperti lelaki dan solat di bahagian lelaki.

“Harapnya begitulah, jika tidak ia menjadi perkara yang cukup aib. Maruah dan aurat seluruh wanita di Tanah Haram boleh tercemar,” ujarnya di Instagram.

Terdahulu Sajat menerusi laman sosialnya meluahkan rasa syukur apabila rombongan ke Tanah Suci bersama ahli keluarga dan anak angkatnya berjalan lancar dan dipermudahkan.

Perkongsian Sajat mencetuskan pelbagai andaian dalam kalangan netizen.

Maruah dan aurat seluruh wanita di Tanah Haram boleh tercemar.

PU AMIN

PENDAKWAH BEBAS

Sementara itu PU Amin berkata, jemaah Malaysia yang sedang menunaikan umrah risau dan kecoh dengan perkara itu.

“Ya betul umrahnya harus dan Allah menerima sesiapa sahaja, cuma perlu jaga hukum hakam aurat... jika tidak rosak ibadah muslimat lain. Mereka kena pakai pakaian ihram dan berpakaian lelaki bagi menjaga kesucian kota Makkah,” ujarnya.

PU Amin dipercayai kini turut berada di sana.

“Semoga Allah memelihara seluruh muslimat di Tanah Suci Makkah. Ada ibu, kakak, adik perempuan yang mesti dijaga.

“Di Makkah semua jemaah Malaysia agak sibuk dan kecoh membicarakan hal ini.

“Fokus pada ibadah kita semua. Saya faham kerisaun semua jemaah muslimat. Ramai mengadu tadi, jangan risau Allah ada... Allah akan pelihara kita,” katanya.

Sajat

Artikel Lain