Fendy dan Nadira (Caliph Buskers) bercerai dua tahun lalu - “Sudah tiba masanya kami cari kebahagiaan masing-masing” - Sensasi | mStar

Fendy dan Nadira (Caliph Buskers) bercerai dua tahun lalu - “Sudah tiba masanya kami cari kebahagiaan masing-masing”

Fendy merahsiakan perpisahan mereka kerana tidak mahu hal peribadi bercampur aduk dengan kerja.

TIADA angin tiada ribut, ahli kumpulan Caliph Busker iaitu Fendy Adlun dan Nadira Rubina mendedahkan mereka sudah berpisah sejak dua tahun lalu.

Menurut Fendy, dia memilih untuk merahsiakan perkara itu kerana tidak mahu masalah peribadi itu dicampur aduk dengan kerjaya mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: "Orang kata lagu rancak senang, tapi kami tak tahu nak goyang macam mana" - Caliph Busker

"Bukan sengaja nak rahsiakan perkara ini. Kami masuk industri bukan dirancang dan tidak jangka pun akan menjadi artis.

Fendy mendedahkan perkara tersebut di Instagramnya.

"Bila dah jadi artis ini, kami jalani kehidupan dengan hati terbuka kerana ia rezeki sebab itu tak nak campurkan masalah peribadi dengan kerja.

"Apabila terjadinya perpisahan dua tahun lalu, kami berdua bersepakat untuk tidak memberitahu kepada umum kerana kami berfikiran ketika itu perkara terlalu peribadi.

"Jadi, tidak perlu diceritakan kepada orang lain sebab tujuan kami masuk dalam industri ini pun untuk mencari kerja dan rezeki," katanya kepada mStar.

Fendy yang juga pemain dram kumpulan itu memuat naik pendedahan tersebut di Instagramnya pada Ahad.

Lagipun dia mungkin sudah ada pengganti dan saya juga mungkin ada orang lain.

FENDY ADLUN

PEMAIN DRAM CALIPH BUSKERS

Pasangan ini berkahwin pada 3 Mei 2014 dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Nurazalea Zafirah yang kini berusia lima tahun.

Dalam pada itu, Fendy memberitahu sudah tiba waktunya untuk berkongsi mengenai perpisahan tersebut memandangkan masing-masing sudah mempunyai kehidupan baru.

"Sudah tiba masa, kena terima hakikat masing-masing perlu cari kebahagiaan dan jalani kehidupan berbeza. Lagipun dia mungkin sudah ada pengganti dan saya juga mungkin ada orang lain.

Lagipun dia mungkin sudah ada pengganti dan saya juga mungkin ada orang lain.

"Bila kami keluar dengan orang lain, takut jatuh fitnah pula sebab orang masih ingat kami suami isteri. Benda itu akan menjadi satu isu besar dan orang mengata kami curang.

"Jadi, sekarang masa yang sesuai dan cukuplah untuk kami simpan rahsia ini supaya tidak timbul sebarang fitnah yang bukan-bukan," ujarnya.

Selain Fendy dan Nadira, Caliph Buskers dianggotai oleh Azmi Saat, Zaki Ismail dan Nirwan Zainalabidin.

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

“Saya OK Muhyiddin jadi PM” – Tun M

6 polis cedera helikopter terhempas